Categories: Trending

Tiga Pelajar Hilang Akibat Taufan Cimaron

Media antarabangsa NHK melaporkan sekurang-kurangnya tiga pelajar kolej hanyut ke laut selepas taufan kuat membadai barat Jepun hari ini.

Difahamkan, tiga pelajar kolej dikhuatiri dihanyutkan ombak besar dari sebuah pantai di Shizuoka.

Hujan lebah tanpa henti yang menyerang pulau utara, Hokkaido turut menyebabkan kerosakan dan kelewatan ketara pengangkutan.

Namun rantau itu terlepas daripada kemusnahan dan kematian besar-besaran seperti dialaminya dalam kejadian banjir awal Julai lalu.

Jabatan Meteorologi Jepun berkata, pusat Taufan Cimaron dianggarkan sejauh 210 kilometer di barat laut bandar Wajima di daerah Ishikawa jam 9 pagi waktu tempatan dan kini menuju ke utara.

Arahan pemindahan dikeluarkan di kawasan termasuk daerah Wakayama, Hyogo dan Osaka, sementara perkhidmatan kereta api dan pesawat terganggu.

Arahan itu ditarik balik di kebanyakan kawasan namun kira-kira 45,000 isi rumah terputus bekalan elektrik di barat Jepun.

SGMS Faida