Categories: Trending

Titip Kata Semangat Selepas Pemergian Bapa Tercinta, MK Sifatkan Siti Hajaar Wanita Kuat

Penyanyi rap popular, MK K-Clique mencuri perhatian selepas dia berkongsi foto bersama isterinya, Siti Hajaar awal pagi tadi menerusi hantaran terkini di Instagramnya.

Menerusi perkongsian tersebut, MK atau nama penuhnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat memeluk isterinya dan menitipkan kata-kata semangat selepas kehilangan insan tersayang iaitu bapa mentuanya, Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad yang dilaporkan telah meninggal dunia pada malam Ahad.

“Allah sebaik baiknya perancang. Alhamdulillah di atas segala nikmat dan kuniaanNya. Alhamdulillah,” katanya.

 

Dalam pada itu, MK menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, turut menyifatkan isterinya itu seorang wanita yang kuat.

“Isteriku yang kuat ni,” tambahnya.

Terdahulu, berita pemergian Allahyarham Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad tular selepas isterinya yang juga pelakon, Datin Seri Noniswara berkongsi berita duka tersebut menerusi hantaran di platform sosial medianya.

Difahamkan, jenazah juga telah selamat dikebumikan pada awal pagi Isnin di kampung halamannya yang terletak di Kuala Krau, Temerloh, Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN:Bapa Mentua MK-Clique Meninggal Dunia

Salma Syahbuddin