Categories: Trending

“Tolong Selitkan Doa, Keadaan Mak Sangat -Sangat Tak Baik”- Achey Mohon Doakan Ibunya

Sebelum ini Achey telah memaklumkan 7 ahli keluarga beliau dilaporkan positif COVID-19, termasuklah ibunya, Ngaisah Hassan, yang kini berusia 73 tahun.

Menurut Achey, ibunya kini telahpun ditempatkan di tahap empat dan memerlukan pemerhatian rapi.

Menerusi perkongsian di laman instagram miliknya pagi tadi, Achey memaklumkan bahawa keadaan ibunya kini tidak baik dan berharap doa daripada semua di luar sana.

“Salam Subuh. Saya tahu doa anda sangat padat ketika ini. 

“Tapi jika ada ruang kecil dalam doa kalian yang kosong, dapatlah kiranya ruang itu diisi untuk mak saya. Ngaisah Binti Hassan” tulisnya.

Malah,  ibu Achey juga difahamkan mengalami radang paru-paru selain turut mengalami demam dan terpaksa tidur secara meniarap.

Terdahulu, Achey memberitahu bahawa keluarganya mula dijangkiti wabak berkenaan bermula daripada pelanggan yang membeli jualan mereka di tepi jalan.

 

 

Salma Syahbuddin