“Hati Saya Tersentak Baca Surah Ar-Rahman”- Betty Rahmad Kini Bertudung

Pelakon, Betty Rahmad yang juga adik kepada pengarah Erma Fatima dan pelakon Datin Seri Umie Aida berkongsi kisah penghijrahannya bersempena Awal Muharram Selasa lalu.

Menerusi laman Instagramnya, Betty berkongsi kisah penghijrahannya setelah melihat anaknya, Ardy Wira yang kini berusia dua tahun sudah lancar mengaji Iqra, sedangkan dirinya yang sudah berusia masih merangkak untuk membaca Al-Quran.

Tambah Betty lagi, dia mula mengubah rutin harian setiap hari seperti bangun Tahajjud dan mengamalkan bacaan surah Ar-Rahman dan Al-Waqiah setiap pagi.

“Hati saya tersentak setiap kali membaca ayat ‘nikmat Tuhan mana yang engkau dustakan?’. Setiap pagi saya ulang membaca surah yang sama”.

Menurutnya lagi terdapat satu ayat dalam kandungan surah Ar-Rahman yang benar-benar menjentik hatinya untuk berubah.

Dalam pada masa yang sama, pemergian rakannya iaitu Allahyarham Siti Sarah juga menjadi asbab buat dirinya melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”