Categories: Trending

Tragedi Raya! Jari Hancur Angkara Mercun

Malang tak berbau! Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dilaporkan hilang jari telunjuk sebelah kanan selepas cedera terkena mercun. 

Mangsa kini dilaporkan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Difahamkan, kejadian berlaku di rumah mereka di Malim Nawar, petang Selasa.

“ Mercun itu ditemui dari kawasan belukar berhampiran rumah.

“Kejadian hanya disedari apabila dengar jeritan mereka, alhamdulillah selepas jalani pembedahan keadaannya semakin stabil, satu jari telunjuk terpaksa dipotong,” kata nenek mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

SGMS Faida