Ajar Anak Hargai Pengutip Sampah, Tindakan Keluarga Ini Mendapat Pujian Ramai

Satu video di TikTok telah mendapat perhatian netizen dimana video tersebut menunjukkan pasangan suami isteri mengajar seorang anaknya untuk berbuat baik dengan pekerja pengutip sampah.

Video yang berdurasi 30 saat itu mempamerkan seorang kanak-kanak yang memegang air kotak Milo diiringi oleh ibunya berjalan ke arah seorang pekerja pengutip sampah Alam Flora.

Pekerja tersebut membongkok sambil tersenyum melihat gelagat anak kecil itu dan menunggu dengan sabar untuk kanak-kanak itu menghulurkan air kepadanya.

Sementara bapa kanak-kanak itu merakamkan kejadian itu dan memberitahu kepada anaknya untuk mengucapkan terima kasih.

Video diakhiri dengan lambaian kanak-kanak tersebut kepada pekerja itu sebelum dia berlalu dengan senyuman.

Video ini dikongsi oleh bapa kanak-kanak tersebut di TikTok dibawah nama pengguna @denik923.

Rata-rata komen penonton video tersebut memuji tindakkan keluarga ini kerana jarang sekali orang menghargai pekerja yang mengutip sampah.

“Bagusnya ajar anak hargai orang-orang yang kerja penat macam ni, tanpa diorang tak bersih tempat kita,” komen seorang pengguna TikTok yang bernama Elfiqa.

Ramai juga yang mendoakan agar keluarga ini sentiasa dimurahkan rezeki dan anak tersebut membesar menjadi seorang anak yang baik.

Setakat ini, video tersebut mempunyai 156,000 tontonan dan lebih 12,000 tanda suka di TikTok.

Video TikTok tersebut juga mendapat perhatian penonton luar negara seperti Nepal.

Arfah