Awas! KKM Jangka Gelombang Kedua Denggi Pada Bulan Ini Hingga…

Perhatian semua!

Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan gelombang kedua denggi di negara ini akan bermula pada awal Jun sehingga September 2020.

Perkara tersebut diberitahu melalui satu kenyataan Menterinya, Datuk Seri Adham Baba berkata melalui ciapan Twitter KKM Putrajaya hari ini.

“Sejak Januari hingga 13 Jun 2020 sebanyak 50,511 kes demam denggi dan 88 kematian telah dilaporkan berbanding 56,819 kes dan 88 kematian dalam tempoh yang sama tahun 2019,” kata Datuk Seri Adham Baba.

Apa-apa pun, segera berjumpa dengan doktor sekiranya korang mengalami simptom-simptom denggi. Stay safe!

Sumber: Twitter KKM

Syafiqa Irdina