Categories: Trending

Perhatian! Pengguna Kini Boleh Lapor Alat Imbas Suhu ‘Ciplak’

Walaupun kita masih dalam fasa PKPP, dan pematuhan SOP amat dititikberatkan, namun pengguna diberikan hak untuk melaporkan kepada kerajaan sekiranya berasa ragu dengan pengimbas yang digunakan oleh peniaga untuk menyukat suhu pelanggan.

Aduan boleh dibuat kepada pasukan khas

Sumber : Google

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aduan itu boleh dikemukakan kepada pasukan khas untuk siasatan lanjut Kementerian Kesihatan.

Tambahnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab pemilik premis perniagaan untuk menggunakan alat pengimbas suhu diluluskan ‘Medical Device Authority’ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jangan beli alat pengimbas suhu di pasar malam!

Sumber : Google

Selain itu, beliau meminta orang ramai atau pengusaha membeli alat pengimbas suhu yang elok dengan bacaan yang betul.

“Pemilik atau pengusaha premis tidak boleh beli sembarangan, elok beli di farmasi bukan di pasar malam dan sebagainya

Ismail Sabri juga menegaskan, polis dan penguat kuasa kesihatan tidak memantau alat pengimbas suhu kerana ianya bukan di bawah kepakaran mereka.

Terdahulu, ketepatan alat pengimbas suhu digital mula dipertikaikan masyarakat susulan terdapat bacaan berbeza bagi beberapa alat digunakan dalam tempoh sama.

Salma Syahbuddin