Categories: Trending Hari Ini

Ibadah Haji Dibatalkan Untuk Tahun Ini?

Akibat pandemik COVID-19 melonjak melebihi 100,000 kes di Arab Saudi, kemungkinan besar negara itu akan mempertimbangkan untuk membatalkan musim haji tahun ini. Hal ini berlaku buat pertama kalinya sejak penubuhan negara itu pada tahun 1932.

“Isu ini telah dikaji dan diteliti, pelbagai senario sedang dipertimbangkan. Keputusan rasmi dari kerajaan akan dibuat dalam masa satu minggu,” kata seorang pegawai kanan Kementerian Haji dan Umrah.

Ibadah haji merupakan salah satu himpunan keagamaan terbesar dunia. Lebih dari 2 juta umat Islam akan berhimpunan di tanah suci Mekah pada untuk menunaikan ibadah pada setiap tahun.

Namun, Arab Saudi telah menerima banyak tekanan dan digesa untuk mengambil tindakan segera selepas banyak acara global ditunda dan dibatalkan seperti Sukan Olimpik di Tokyo kerana pendemik ini.

Walaupun Arab Saudi berjaya mengatur ibadah haji semasa wabak virus seperti Ebola dan MERS,tetapi skala penularan wabak covid-19 ini seperti sukar dikawal dan sangat berisiko tinggi kepada semua orang.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi telah mengenakan perintah berkurung kepada rakyatnya selepas kes pertama muncul pada 2 Mac. Namun selepas melonggarkan perintah berkurung pada akhir bulan Mei, jumlah kes harian dan kematian kembali meningkat.

Beberapa negara juga telah membuat keputusan tidak menghantar rakyatnya untuk menunaikan ibadah haji termasuk Malaysia dan Indonesia.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover