Categories: Trending

Golongan Ibu Positif Covid-19 Boleh Teruskan Penyusuan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membenarkan golongan ibu yang dijangkiti Covid-19 boleh meneruskan penyusuan dan tidak diasingkan daripada bayi mereka.

Menurut ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu sidang media secara online memaklumkan, agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menjalankan penyelidikan menyeluruh mengenai risiko penyebaran jangkitan COVID-19 melalui amalan penyusuan.

Tambah WHO, manfaat daripada susu ibu adalah melebihi daripada risiko tersebarnya jangkitan wabak berkenaan

Sumber : Google

” Berdasarkan bukti yang ada, WHO menegaskan manfaat daripada penyusuan susu ibu lebih tinggi daripada risiko tersebarnya COVID-19

” Kita tahu golongan kanak-kanak mempunyai risiko yang rendah untuk dijangkiti COVID-19, tetapi berdepan risiko tinggi terhadap pelbagai penyakit lain dan keadaan yang menghalang penyusuan. Katanya.

Justeru itu, penyusuan susu ibu wajar diteruskan kecuali bagi ibu yang keadaan kesihatannya kritikal.

Sementara itu, Penasihat Kanan bagi Kesihatan Reproduktif dan Penyelidikan, WHO, berkata setakat ini virus yang menyebabkan jangkitan wabak itu tidak dijumpai dalam susu ibu.

Salma Syahbuddin