[TERKINI] Bermula 1 Julai, Semua Prasekolah, Tadika & Taska Dibuka

Terkini!

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri telah membuat keputusan bahawa semua prasekolah, tadika dan taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) di bawah kerajaan mahupun swasta dibuka semula pada 1 Julai ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hari ini.

SOP Dalam Masa Terdekat

“Prosedur operasi standard (SOP) dibentangkan Kementerian Pendidikan lengkap bermula sebelum kemasukan kanak-kanak, sewaktu mereka belajar dalam kelas, begitu juga waktu pulang.

SOP cara bermain juga ada, waktu makannya, semua lengkap. Tapi perincian SOP ini akan diumumkan Kementerian Pendidikan sendiri, dalam waktu terdekat,” katanya sebentar tadi.

Untuk maklumat penuh, korang boleh tonton video di bawah:

Baca Juga: Ziarah Aidiladha Kekal Maksimum 20 Orang Pada Raya Pertama Sahaja

Syafiqa Irdina