Categories: Trending

Rumah Ibadat Bukan Islam, Gereja, Kuil Dibenarkan Beroperasi Hari Ini- Menteri Kanan

Buat golongan bukan muslim..

Rumat Ibadat buat mereka yang bukan Islam seperti Gereja, Kuil, Tokong dan lain-lain hari ini dibenarkan beroperasi sepenuhnya pada hari biasa.

Walaubagaimanapun, kehadiran adalah 1/3 daripada jumlah sebenar dan bergantung kepada keluasan rumah ibadat tersebut.

SOP yang ditetapkan adalah mengikut kesesuaian negeri masing-masing dan perlu mendaftar, nama, dan mengamalkan jarak sosial.

Menteri Kanan, Dato Seri Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media di Putrajaya pada hari ini.

Tonton video di bawah untuk info lanjut:

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”