Categories: Trending

Pencari Kerja Kini Boleh Mohon PenjanaKerjaya, Bayaran Insentif Bermula 1 Julai

Sedikit info dan berita baik buat mereka yang hilang kerja ketika PKP.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengalakkan penganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah yang mencari kerja untuk mendaftar di portal MyFutureJobs dan menyertai Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya).

Selain itu, buat pihak majikan yang mencari pekerja pula mereka boleh mendaftarkan kekosongan jawatan dan profil menerusi laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my mulai esok.

Majikan boleh pilih nama kerja, kelulusan bayaran insentif bermula 1 Julai

Menerusi program itu, majikan boleh memilih nama pekerja yang diambil di bawah program melalui penjanakerjaya.perkeso.gov.my untuk kelulusan bayaran insentif bermula 1 Julai depan, dan perlu mendaftarkan mereka untuk caruman wajib PERKESO.

“Majikan hanya perlu memohon insentif sekali untuk setiap pekerja yang diambil bekerja dan pembayaran insentif bulan berikutnya selama enam bulan akan dilakukan secara automatik.”

“Mulai 1 Julai, jika perlu, majikan boleh memilih daripada senarai kursus yang diluluskan di penjanakerjaya.perkeso.gov.my bagi latihan dan peningkatan kemahiran untuk pekerja mereka yang diambil melalui program ini. ” kata Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dalam satu kenyataan.

Garis panduan permohonan serta terma dan syarat dikeluarkan kepada majikan hari ini dan boleh diperoleh di laman web PERKESO.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”