“Banyak Sektor Buka Bukan Kerana Selamat Tetapi Sebab Ekonomi” -DG Hisham

Umum maklum, bermula hari ini orang ramai yang berada di negeri atau daerah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 kini dibenarkan untuk makan di restoran sekiranya telah lengkap divaksinasi.

Walaubagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi laman Twitternya menasihatkan orang ramai untuk terus berjaga-jaga.

Beliau turut menggalakkan orang ramai agar mengelakkan diri daripada tempat tempat yang sesak kerana mempunyai risiko jangkitan yang tinggi.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kebenaran dine in bagi mereka yang berada di negeri fasa 1 PPN.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”