Daiyan Trisha Penat Dengan Situasi Semasa, Jawab Spekulasi Cinta Dengan Aedy Ashraf

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha, 24, mendedahkan dirinya turut berdepan dengan situasi ‘penat’ mental dan emosi sepanjang wabak melanda.

Daiyan mendedahkan cabaran sebagai anak seni yang terpaksa dihadapi dalam situasi pandemik.

“Kalau dulu Daiyan boleh travel dan sebagainya tapi sekarang kita dah tak boleh ke mana-mana jadi Daiyan cuba atasi masalah burnt out dengan cara bercakap dengan kawan-kawan.

“I am a people person. Daiyan akan lebih gembira dan positif bila sentiasa bercakap dengan orang-orang sekeliling atau berjumpa orang orang baru,” komennya.

Daiyan ditemui di sidang media pelancaran single terbarunya berjudul Penat secara virtual sebentar tadi.

Ditanya mengenai single terbarunya, Daiyan mendedahkan inspirasi tersebut menggambarkan dirinya yang sudah penat dengan situasi semasa.

“Bukan Daiyan seorang, di media sosial pun kalau kita tengok semua orang dah penat dengan situasi semasa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Daiyan turut menjawab spekulasi hubungannya bersama pelakon, Aedy Ashraf yang dikhabarkan sedang bercinta.

“We are just good friends. Saya masih belum bersedia menjalinkan mana-mana hubungan cinta baharu,” balasnya.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”