Bas Elektrik Pertama di Sabah Akan Beroperasi Tidak Lama Lagi

Kerajaan negeri Sabah akan melaksanakan projek bas elektrik yang pertama akhir tahun ini di bandar Kota Kinabalu bagi menyediakan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, penggunaan bas berkuasa elektrik atau e-Bus adalah alternatif untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran di negeri ini.

“Dengan pelancaran e-Bus, ia berkemampuan untuk memajukan perkhidmatan pengangkutan awam yang bersih.

“Jumlah kenderaan di jalan raya Sabah juga semakin meningkat dan secara langsung melepaskan karbon daripada kenderaan kovensional yang menyumbang kepada perubahan iklim,” katanya.

Tambah Jafry, kerajaan Sabah akan melakukan apa sahaja untuk mengatasi keadaan mengerikan ini yang boleh mengancam manusia dan e-Bus adalah kaedah yang lebih mesra alam untuk berkeliling.

“Walaupun sekarang hanya ada satu e-Bus, biarlah ia menjadi tahap permulaan yang penting untuk menyediakan pengangkutan awam yang lebih bersih dan selesa di Kota Kinabalu,” jelasnya.

 

Sumber: NST

Kredit Foto: The Vibes

Marcella