Bayaran BKC Fasa 2 Dibuat Bermula Khamis Ini, Semak Status & Kadar Bayaran

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan, bayaran kedua Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang membabitkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin akan diterima bermula Khamis ini.

Dengan peruntukan sebanyak RM300 juta, bayaran akan terus akan dikreditkan ke dalam akaun penerima masing-masing terutamanya kepada penerima isi rumah, warga emas dan individu bujang.

Manakala penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak, pembayaran melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, kerajaan juga akan terus komited memastikan bantuan yang disediakan dapat disalurkan secara berkesan,” katanya.

Semak status kelulusan

Di bawah BKC, kadar bayaran adalah yang akan diterima oleh penerima adalah seperti berikut;

  • Kategori miskin tegar
  1. isi rumah – RM1,300
  2. Warga Emas sebatang kara – RM500
  3. Bujang – RM500
  • Kategori B40,
  1. Isi rumah – RM800
  2. Warga emas sebatang kara – RM200
  3. Bujang RM200
  • Kategori M40
  1. isi rumah layak – RM250
  2. Warga emas sebatang kara – RM100
  3. Bujang RM100

Untuk menyemak status kelulusan, penerima boleh layari laman rasmi BKC di bkc.hasil.gov.my

 

Sumber:LHDN

Salma Syahbuddin