Park Shin Hye Umum Tarikh Perkahwinan Dengan Choi Tae Joon

Pelakon Park Shin Hye dan teman lelakinya yang juga pelakon Choi Tae Joon, akan berkahwin pada Januari tahun depan.

Agensi pengurusan Park Shin Hye, SALT Entertainment mengumumkan berita itu dan mereka akan melangsungkan perkahwinan di Seoul pada 22 Januari 2022.

Pelakon itu turut menyertai komuniti peminat rasminya untuk menyampaikan berita itu secara peribadi kepada peminat kesayangannya.

“Terima kasih atas kasih sayang dan dorongan peminat, saya menjadi seorang pelakon yang menunjukkan banyak sisi diri saya melalui pelbagai projek.

“Kata-kata daripada peminat, menyuruh saya menjadi kuat, sudah cukup untuk membuat saya bersemangat.

“Mungkin itu sebab mengapa saya sangat gementar untuk memberitahu anda berita ini dan saya bimbang anda mungkin sangat terkejut,” katanya.

Menurut pelakon itu, walaupun gementar dan risau akan reaksi peminatnya, dia berjanji untuk tidak melupakan sisi baik dirinya walaupun sudah berkahwin kelak.

“Saya akan berkahwin dengan orang yang saya ‘dating’ selama ini.

“Dia telah menjadi tonggak sokongan saya sejak sekian lama, dan dia setia bersama saya walaupun kekurangan kualiti.

“Jadi saya merancang untuk memulakan hidup baru dengan dia sebagai pasangan suami isteri.

“Saya berjanji untuk menunjukkan kepada anda sisi baik saya walaupun selepas membina keluarga saya sendiri.

“Terima kasih banyak kerana menyayangi saya dan menyokong saya semasa saya masih kekurangan dalam banyak perkara.

“Ia mungkin mengambil sedikit masa, tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk kembali sebagai pelakon secepat mungkin, tanpa membuat anda menunggu terlalu lama,” jelas Park Shin Hye.

Untuk info, Park Shin Hye mengakui hubungannya dengan Choi Tae Joon, dan pasangan itu mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada 2017.

Sumber: SBS

Marcella