Bayaran GKP 4.0 TIDAK Cukup Untuk Tampung Perbelanjaan

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menyifatkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 yang akan diterima pada September dan November ini tidak mencukupi untuk menampung modal dan memulihkan perniagaan yang tertangguh akibat COVID-19.

Menurut Presiden DPMM, Abdul Halim Husin, usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ketika ini amat terkesan disebabkan pelbagai faktor, termasuklah kenaikan harga barang.

“Saya lihat bantuan ini dapat meringankan beban tetapi ia tidak mencukupi. Jumlah RM500 yang diberikan untuk sebulan tidak mampu menampung kos perniagaan menjual nasi lemak di tepi jalan yang modalnya mencecah RM1,000.

Tambahnya, peruntukan sebanyak RM500 juta itu akan memberi manfaat kepada sejuta PKS mikro sahaja.

Malah, ada segelintir pengusaha PKS kecewa kerana bantuan yang diberikan itu tidak memadai untuk meneruskan kelangsungan perniagaan semata-mata.

 

Sumber: BH

Salma Syahbuddin