Sajat Berjaya Lolos Ke Thailand Guna Kereta Api, Ini Jawab KTMB

Sejak semalam kecoh dakwaan mengenai usahawan kosmetik, Nur Sajat meloloskan diri ke Thailand menggunakan gerabak kereta api di Padang Besar, Perlis.

Susulan itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan kes tersebut.

Menurut KTMB dalam satu kenyataan pada Isnin, fasiliti dan terminal kargo KTMB di Padang Besar adalah kawasan yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa seperti polis bantuan dan kastam.

Dan, setiap tren kargo yang membuat perjalanan merentasi sempadan antarabangsa perlu melepasi pemeriksaan yang teliti oleh pihak berkuasa kedua-dua negara di sempadan.

“Kontena-kontena kargo yang dibawa ke Thailand adalah milik syarikat perkapalan yang telah disewa oleh pelanggan-pelanggan KTMB di Malaysia dan Thailand.

“KTMB tidak bertanggungjawab di atas kandungan kontena tersebut sama ada kontena kosong atau bermuatan.

“Proses ini melibatkan pemeriksaan dokumentasi serta fizikal ke atas gerabak dan barangan.

“Walaubagaimanapun KTMB akan menjalankan sisatan dalaman mengenai perkara yang dilaporkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersembunyi Di Kondominium Mewah, Sajat Sudah Ditahan Pihak Imigresen Thailand

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, yang melarikan diri ke Thailand menerusi gerabak kereta api kontena kargo telahpun ditahan oleh pihak Imigresen Thailand pada 8 September lalu kerana tidak mempunyai pasport yang sah.

Salma Syahbuddin