“Salahkan Diri Sendiri Dulu” – Terlalu Percaya Jadi Punca Rakan Baik ‘Songlap’ RM70,000 Milik Andi Bernadee

Penyanyi popular, Andi Bernadee mengakui sikap terlalu percaya terhadap individu tertentu menjadi punca dirinya terlibat dalam kes kerugian melibatkan sejumlah wang bernilai RM70,000 sebelum ini.

Menurut Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile, 30, dia terlalu mudah bersimpati terhadap individu terbabit sehingga menyebabkan dirinya menjadi mangsa dan itu menjadi pengajaran besar sepanjang bergelar anak seni.

“Bila jadi benda macam ni, satu  benda saya cakap, saya salahkan diri saya dulu kerana saya terlalu mudah kesian dan percaya dekat orang.

“Sebab cara saya kenal dengan dia pun, based on atas simpati yang saya beri kepada dia memandangkan dia anak yatim. Dari situlah dia ambil kesempatan dekat saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Sudah Kacau Periuk Nasi Saya…” – Andi Bernadee Tak Sangka Kawan Baik ‘Songlap’ RM70,000

Andi juga memaklumkan, setakat ini kes masih dalam siasatan dan individu terbabit telahpun direman selama tiga hari.

Selain itu, berkongsi mengenai kerugian wang bernilai RM70,000 terbabit, Andi menjelaskan wang tersebut masih belum dipulangkan.

“Cerita drama yang disonglap itu adalah cerita drama inilah, drama Perisik Cinta Tak Diundang. Ini hasil titik peluh saya yang saya berkerja dari awal tahun lagi.

“Tapi saya percaya satu benda je, mungkin bukan rezeki saya dan duit tu boleh cari. Insya-Allah, duit tu saya boleh cari.

“Tapi saya bersyukur juga dengan apa yang berlaku, at least saya dah nampak benda ni awal dan masih tidak melibatkan duit ratusan ribu lagi,” jelasnya.

Andi ditemu bual ketika sesi sidang media virtual bersama pelakon drama Perisik Cinta Tak Diundang pada Selasa.

Terbaharu, pelantun lagu Donde ini juga akan muncul menerusi drama rantaian 12 episod berjudul Perisik Cinta Tak Diundang yang akan memulakan siarannya bermula hari ini, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam menerusi slot Akasia TV3.

Drama ini juga turut menampilkan, Shiha Zikir, Hafidz Roshdi, Bella Astillah, Wani Kayrie, Norish Karman, Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi pelakon hebat tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Saya Yang Songlap Duit RM70,000 Andi Bernadee” – Amir Hasan Terkejut Kena Serang Dengan Netizen

ARTIKEL BERKAITAN:  “Ada Katak Kering Dan Paku Berkarat” Andi Bernadee Jadi Mangsa Sihir

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Hilang Punca Pendapatan, Andi Bernadee Suntik Semangat Dalam Kais Pagi Kais Petang

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Terlampau Sexy! MV Andi Bernadee Terima Kecaman Hebat

Salma Syahbuddin