Trending Hari Ini By: Syafiqa Irdina April 20, 2020 @ 2:25pm

Beberapa Hari Menjelang Ramadan, Ikuti Cara Solat Tarawih Sepanjang PKP Yang Disarankan JAKIM Ini

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, nampaknya terdapat sedikit kelainan untuk kita menyambut Ramadan tahun ini apabila semua umat Islam di Malaysia perlu mengerjakan solat tarawih di rumah.

Jadi, menjelang bulan Ramadan ini, apa kata luangkan sedikit masa untuk memperbaiki diri dan mengetahui kembali cara solat Tarawih secara sendiri atau berjemaah di bulan penuh barakah ini.

Niat

Berikut merupakan niat solat tarawih sendirian dan berjemaah.

Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

Rukun Solat Dan Susunan Surah Yang boleh Dibaca

Rukun solat sunat Tarawih adalah sama seperti rukun solat fardhu. Jika terdapat beberapa bacaan tambahan di antara solat sunat ini, ia bukanlah rukun atau syarat tetapi ia hanyalah semata mata untuk mengambil peluang memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat dan doa dalam bulan Ramadhan ini.

Tiada penetapan khas untuk surah yang dibaca. Korang boleh membaca mana mana surah kegemaran korang yang diingati. Namun sebagai panduan, surah surah ini dicadangkan selepas bacaan Al-Fatihah.

Solat Sunat Witir

Solat sunat witir akan didirikan selepas selesainya solat sunat tarawih. Solat ini dilakukan sekurang kurangnya satu rakaat dan bagi had sempurna dilakukan sebanyak 3 rakaat (2 salam). 

Surah Yang Dibaca Dalam Solat Sunat Witir

Selepas membaca surah al-Fatihah dalam tiap-tiap rakaat solat sunat witir, dibaca pula surah-surah berikut:

Berzikir & Bertahlil

Seperti biasa selepas solat sunat Witir diadakan tahlil.

Untuk panduan penuh, korang bolehlah membaca panduan Solat Sunat Tarawih oleh JAKIM ini.

Jangan sia-siakan peluang ni kerana fikirlah, mungkin ini akan menjadi Ramadhan terakhir kita. Tepuk dada tanya iman, sudah bersediakah kita?

Semoga bermanfaat dan selamat beramal semua.

Kredit: JAKIM

Baca Juga: Dah ‘Ready’ Ke? Ini ‘Checklist’ Persediaan Menjelang Ramadhan Yang Korang Patut Tahu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Nov 2022

“Bila Kau Tak Hargai Dia, Jangan Tanya Kenapa Dia Pergi” – Nasihat Iddin Ramli Buka Mata Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli sekali lagi tular di media sosial dengan kata-katanya yang memberi kesedaran kepada warganet. @iddinramliiJangan tanya kenapa ♬ menjaga hati x mengejar mimpi – Sadvibes🥀 Menerusi hantaran yang dimuat […]

Featured Sun, 25 Sep 2022
Hiburan Thu, 31 Oct 2019
Events Thu, 10 Oct 2019
Hiburan Sun, 22 Dec 2019

Nikah Teman Lama, Issey Akhiri Zaman Duda

Alhamdulillah, Tahniah Issey!

Featured Tue, 28 Mar 2023
Hiburan Tue, 28 Jun 2022

“Such A Vibe” – Netizen Puji Persembahan Santai Dayang Nurfaizah Di Festival Borneo Jazz

Konsep persembahan ‘open air’ Dayang Nurfaizah mencuri tumpuan peminat.

Hiburan Thu, 25 Jul 2019

‘Hormati Privasi Saya, Kekasih’- Syafiq Kyle

Kalau boleh, saya memilih untuk tidak mencampur adukkan hal peribadi dan kerjaya.