Bermula Jumaat Ini Tiada Lagi Negeri Berada Dalam Fasa 1 PPN

Persetujuan kerajaan untuk membenarkan peralihan fasa dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 hari ini menyebabkan tiada lagi negeri berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Keputusan itu sekaligus membenarkan kawasan Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor untuk beralih ke Fasa 3.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Melaka beralih ke Fasa 3 manakala Kedah pula ke Fasa 2.

Bagi Negeri Sembilan dan Labuan kekal di Fasa 4.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri di Fasa 2, 3 dan 4 boleh dilihat di laman sesawang www.mkn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”