Bersyukur Rangkul Trofi Artis Baharu Wanita Popular, Dolla Bakal Keluar Single Baru!

Kumpulan Dolla meraih kejayaan pertama di Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34) apabila memenangi trofi dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular.

Dianggotai oleh Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya, Dolla berterima kasih kepada peminat yang mengundi.

“Alhamdulillah, apa yang kami kecapi sampai sekarang ni datang dari berkat dari doa daripada semua orang yang sokong kami dari awal sampailah sekarang.

“Insya-Allah, Dolla akan berusaha dengan lebih keras lagi untuk ‘create more content’ dan buat lagu-lagu yang lebih menarik untuk pendengar-pendengar di luar sana,” kata Sabronzo mewakili Dolla ketika ditemui di belakang pentas.

Menurut Dolla, mereka dalam proses menyiapkan single baharu dan banyak perancangan akan dibuat untuk lagu Berani.

“Ya semestinya, kami ada ‘upcoming’ single juga, which we are working right now. So, it’s exciting and we have a lot of content baru juga yang akan keluar.

“Single Berani juga akan ada banyak plan, jadi kena tunggulah,” ujar Dolla.

Berani merupakan single ketiga terbitan Dolla dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Selain itu, lagu Berani juga boleh didengari di semua platform streaming bermula 24 September lalu.

Marcella