Dakwaan Gangguan Seksual: “Ini Satu Fitnah Yang Sangat Kejam & Melampau” – Ebit Lew

Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew (UEL) selesai memberikan keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual di Bukit Aman sebentar tadi.

UEL dilihat keluar dari pintu utama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia itu pada pukul 2 petang.

Menurut UEL, rakaman percakapan terbabit mengambil masa satu jam.

“Saya dipanggil untuk membantu siasatan dan menjadi saksi bagi pertuduhan yang dilemparkan terhadap saya.

“Saya serahkan kepada polis untuk siasatan. Ini satu fitnah yang sangat kejam dan melampau,” ujarnya kepada pihak media.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Gangguan Seksual: Pendakwah Popular Diminta Hadir Ke Bukit Aman Bantu Siasatan

Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.

Sumber & Foto: Kosmo Online

Padin