“Delete & Berhentilah Buat Content Joget, Malu Itu Iman!” – Ustazah Asma’ Harun Tegur Wanita Beria Dedah Aurat, Menari Di Laman Sosial

Pelbagai aplikasi terbaru di media sosial sekarang menjadi punca makin ramai anak gadis atau wanita di luar sana sering berkongsi video harian mereka termasuklah rakaman tarian yang dilihat keterlaluan dan seksi.

Malah, seakan menjadi trend apabila lagu terbaharu berserta tarian artis popular antarabangsa menjadi sumber rujukan anak-anak gadis masa kini, terutamanya dalam meraih tontonan dan jumlah like yang banyak.

Justeru itu, pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun tampil menegur wanita diluar sana tanpa mengira umur supaya menghentikan aktiviti sebegini menerusi perkongsian status di laman Facebook miliknya.

 

Justeru itu, rata-rata warganet bersetuju dengan peringatan yang diberikan oleh Ustazah Asma’ yang menyifatkan malu itu sebagai sebahagian daripada iman memandangkan golongan remaja adalah mereka yang paling terdedah dengan sosial media.

Selain itu, ada diantara remaja yang dilihat berjoget, menari dengan pakaian seksi sehingga mengundang komen-komen lucah penontonnya.

Salma Syahbuddin