Trending By: Salma Syahbuddin September 1, 2021 @ 7:06pm

Gara-Gara Kemenangan Ziyad Dibatalkan, Instagram Atlet Ukraine Diserang Netizen Malaysia

Sebaik sahaja keputusan pembatalan dan penarikan semula gelaran juara buat atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, 31,  pada kejohanan Paralimpik Tokyo 2020, rata-rata rakyat Malaysia tidak berpuas hati dan berasa berang terhadap keputusan yang dikeluarkan oleh juri.

Berdasarkan insiden yang berlaku, mereka berpendapat sekiranya isu kelewatan ke call room menjadi punca penarikan semula gelaran juara, mengapa Ziyad  masih lagi dibenarkan untuk membuat lontaran pada awal pertandingan.

Justeru itu,  terdapat segelintir netizen yang memihak untuk membuat ‘serangan’ secara peribadi kepada atlet paralimpik Ukraine, Maksym Koval yang dinobatkan sebagai pemegang pingat emas pada acara berkenaan.

“It is nice to get Malaysian gold?”

Itu antara kata-kata ‘serangan’ netizen Malaysia yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil peserta Ukraine ini apabila beliau sendiri jauh ketinggalan dengan pungutan mata hanya 17.34 meter berbanding Ziyad dengan lontaran sejauh 17.94 meter sekaligus memecahkan rekod dunia bagi sukan berkenaan.

Bagaimanapun, akibat dari serangan peribadi yang dilakukan netizen Malaysia, Maksym menerusi hantaran di Instagram story miliknya memaklumkan, akaun instagram peribadi miliknya kini telahpun disekat akibat daripada komen yang berterusan dari netizen Malaysia.

Malah, beliau juga dilihat memohon maaf atas apa yang berlaku.

Terdahulu, Maksym memuat naik hantaran di instagram miliknya dengan menunjukkan kedudukan terkini bagi acara lontar peluru berserta  kapsyen ‘Proud’.

Sememangnya, protes yang dibuat oleh pihak Ukraine ini mengejutkan rata-rata rakyat Malaysia yang menyifatkan kemenangan Ziyad semalam adalah ‘hadiah’ buat Malaysia pada hari Sambutan Kemerdekaan ke-64.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan Penarikan Semula Emas Kedua Buat Negara Kekal, Ziyad Mohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: “Awak Luar Biasa & Paling Hebat Dalam…” – KJ Tampil Titip Semangat Buat Ziyad Zolkefli

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Mar 2023

“Saya Pilih Berdamai Demi Anak-Anak” – Fasha Sandha Anggap Perceraian Bukan ‘Tiket’ Untuk Bermasam Muka

Demi anak-anak dan kebahagian mereka, parents kena tolak tepi ego masing-masing🤍

Featured Wed, 7 Feb 2024
Events Sat, 9 Jun 2018

Festival Anggun Life Himpun Selebriti Paling Ramai!

Nak tahu meriah tak meriah Anggun Life kali ini? Kenalah baca artikel yang kami dah sediakan!

Hiburan Wed, 5 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Sufian Suhaimi Tak Balik Raya Dalam Aku Tak Kaya

Nak tahu macam mana Sufian Suhaimi tak balik raya, jangan lupa saksikan drama ni tau!

Hiburan Sun, 14 Jan 2024