Gara-Gara Langgar SOP, Bukit Broga Diarah Tutup

Apa sudah jadi?

Gara-gara terdapat pelanggaran pematuhan SOP yang ditetapkan KKM oleh pelawat, lokasi pendakian popular Bukit Broga, Semenyih, Selangor terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Perkara tersebut dimaklumkan melalui sebuah kenyataan yang dikongsikan di Facebook APM Daerah Hulu Langat.

Ditutup 2 Minggu

Penutupan sementara itu akan berkuatkuasa selama dua minggu bermula 27 Jun, Sabtu ini.

Harapnya, selepas ini orang ramai lebih berwaspada tentang SOP di setiap kawasan yang dikunjungi.

Sumber: Facebook APM Hulu Langat

Syafiqa Irdina