Categories: Trending

[VIDEO] Ungkapan Pertama Ainul Mardhiah Ini Buat Ramai Netizen Terharu

Agaknya siapa yang tidak mengenali susuk comel, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang pernah dibawa ke London, United Kingdom bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan didalam mulut beliau setahun yang lalu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh bapa Ainul berdurasi 3 saat itu menunjukkan, Ainul sempat mengungkapkan perkataan “Mama…” Dan itu jelas sekali menunjukkan tanda positif dan rasa bersyukur beliau dan keluarga dengan perkembangan Ainul.

“First word Ainul ”mama”. Alhamduillah

Dan, rata-rata pengikut akaun Facebook bapa Ainul sempat meninggalkan komen dengan menyatakan rasa syukur mereka terhadap perkembangan terkini Ainul.

Sumber : Facebook

Terdahulu, Ainul Mardhiah mendapat perhatian ramai apabila Ainul terpaksa menjalani pembedahan membuang ketumbuhan atau dikenali sebagai Germ Cell Tumor dimulutnya seberat 200 gram pada 10 Jun 2019.

Dan akhirnya, pembedahan itu berjaya dilakukan oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diketuai Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway, selain turut dibantu pelatih pakar bedah UK, Dr Nur Amalina Che Bakri.

Salma Syahbuddin