Categories: Trending

KKM Sasar Sifar Kes Covid-19 Menjelang Pertengahan Julai

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian di Putrajaya pada Rabu, sasaran itu bergantung kepada rakyat negara ini dalam pematuhan SOP yang telah ditetapkan.

Ini kerana, Malaysia berkemampuan untuk mencapai angka sifar menjelang pertengahan Julai ini.

Sumber : Google

” Minggu ini sahaja, Malaysia merekodkan dua atau satu angka, dan mungkin dalam tempoh sebulan lagi, kalau kita patuh SOP dan patuh nasihat KKM, mungkin kita boleh capai sifar kes, itu adalah matlamat kita”

Dan unjuran kita adalah pada pertengahan Julai ini” Katanya.

Beliau juga turut mengumumkan, setakat ini model unjuran yang digunakan oleh KKM menunjukkan kepatuhan rakyat Malaysia berada pada tahap yang begitu baik.

Jadi, marilah kita sama-sama terus meningkat disiplin dalam pematuhan SOP yang telah ditetapkan okay. Semoga negara kita teru bebas dari penularan wabak ini.

Salma Syahbuddin