Categories: Trending

Ini Komplikasi Yang Mungkin Dihadapi Bekas Pesakit Covid-19

Ketahanan tubuh bekas pesakit Covid-19 adalah tidak kekal selepas tiga bulan mereka sembuh, di mana Immunoglobulin G (IgG) dan Immunoglobulin M (IgM) akan berkurangan.

Perkara ini disahkan sendiri oleh KKM apabila mereka mengenalpasti satu lagi komplikasi yang terpaksa dihadapi oleh pesakit yang sembuh daripada jangkitan tersebut.

” Kalau individu tersebut mempunyai imuniti yang rendah, (mereka) mudah untuk mendapat jangkitan kuman bukan hanya COVID-19, tetapi kuman lain,

Sumber : Google

Tambah Dr Noor Hisham Abdullah, ketika ini KKM sedang memberi tumpuan kepada rawatan susulan terhadap pesakit yang telah sembuh terutamnay bagi kategori empat dan lima.

” Mereka sedang dalam proses untuk kita lihat kesan sampingan jangka panjang, yang itu kita sedang laksanakan,” 

Sumber : Google

Terdahulu, KKM turut memaklumkan tidak bercadang untuk meneruskan rawatan menggunakan hydroxychloroquine ke atas pesakit COVID-19.

Ini kerana, ubat yang biasa digunakan untuk merawat Malaria itu boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan kepada pesakit.

Salma Syahbuddin