Categories: Trending

Fasa Ke-3 BSH Dijangka Bermula Julai Depan, RM 100 Dana Tambahan Buat Penerima

Berita baik buat mereka yang tidak berjaya menerima BSH pada fasa pertama dan kedua. Fasa ketiga masih ada!

Umum mengetahu semenjak PKP, kerajaan memperuntukkan Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia.

Setelah pelaksanaan BSH fasa pertama dan kedua berjaya, BSH fasa ketiga dijangka akan dilaksanakan pada Julai hadapan.

Walaubagaimanapun, tarikh rasmi pembayaran masih belum diumumkan dan penerima dijangka menerima bantuan pada bulan Ogos.

RM 100 dana tambahan bagi penerima BSH

Selain itu, kerajaan turut memberikan dana tambahan berjumlah RM 100 kepada penerima BSH.

Terdahulu, fasa BPH pertama telah dilaksanakan pada Januari lalu dan fasa BPH kedua pada 16 Mac yang lalu.

Jika tiada sebarang perubahan maklumat berlaku, penerima tidak perlu membuat permohonan baru.

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal BSH.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”