Gara-Gara Memandu Dalam Keadaan Mengantuk, Wanita Masuk Sawah Padi

Seorang wanita di Indonesia dilaporkan keretanya terbabas dan memasuki ke dalam kawasan sawah padi apabila didapati memandu dalam keadaan tidak cukup tidur, lapor laman berita Suara.Com pada Ahad.

Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram yang dimuat naik oleh pengguna bernama @bayuwangi_hitss, ia menunjukkan sebuah kereta Honda Jazz yang berwarna kuning berada di tengah sawah padi di kawasan Karangbendo Rogojampi, Jawa Timur.

Video itu turut menunjukkan seorang wanita dan anggota polis berjalan menuju ke arah kereta yang berada di tengah sawah itu.

Sementara itu, ramai penduduk yang tinggal berhampiran kawasan itu turut menyaksikan kejadian tersebut.

Sumber: Suara.Com

Marcella