GKP 4.0 : Semak Cara Kemaskini Akaun Bank Berstatus Gagal Kredit Bermula Hari Ini Sehingga…

Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh kerajaan kepada PKS Mikro yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini termasuklah rayuan.

Melalui pengumuman PEMERKASA, kerajaan telah memaklumkan akan memberi bantuan GKP 3.0 dan GKP 4.0 bagi yang layak.

Dan, bagi penerima GKP 4.0 fasa pertama yang berstatus Gagal Kredit diminta untuk mengemaskini maklumat akaun bank bagi memudahkan urusan pembayaran akan datang.

Tarikh kemaskini akaun/maklumat bank

Penerima GKP yang telah membuat semakan dan GAGAL KREDIT diminta untuk mengemaskini maklumat akaun bank pada;

  • 7 Oktober sehingga 21 Oktober 2021

Individu yang perlu mengemaskini maklumat bank adalah penerima GKP yang berstatus gagal kredit sahaja. Ini termasuklah;

  • GKP PERMAI
  • GKP PEMERKASA PLUS
  • GKP 3.0
  • GKP 4.0

Proses bayaran

Pembayaran semula akan dilakukan adalah terhad kepada golongan GKP sepanjang tahun 2021 sahaja. Akaun bank atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan) dan berstatus aktif.

Cara kemaskini

Individu perlu membuat kemaskini maklumat akaun bank bagi penerimaan GKP melalui langkah-langkah berikut;

  1. Layari portal rasmi GKP di gkp.hasil.gov.my
  2. Klik masuk untuk kemaskini maklumat
  3. Masukkan ID Pengguna dan klik SEMAK
  4. Sahkan kata kunci keselamatan dan klik Ya jika betul
  5. Masukkan kata laluan dan klik Log Masuk
  6. Pergi ke Menu Kemas Kini Akaun Bank
  7. Masukkan nombor akaun bank yang aktif

Tarikh bayaran GKP 4.0

Bayaran GKP 4.0 akan dibuat secara berperingkat melalui 2 fasa;

  • Fasa pertama- RM500 (21 September 2021)
  • Fasa Kedua – RM500(November 2021)

Pembayaran ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP.

Justeru itu, penerima fasa 1 yang berstatus Gagal Kredit dinasihatkan untuk kemaskini maklumat akaun bank dalam tempoh yang ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN:Pemohon GKP 4.0 Terima Bayaran Secara Terus Ke Akaun Bank Bermula 21 September Ini – PM

ARTIKEL BERKAITAN: Semak Status & Tarikh Bayaran Tambahan GKP 4.0 Sehingga RM1,000 Bermula September Ini

ARTIKEL BERKAITAN: Semak Status Kelulusan Pembayaran & Syarat Layak GKP Tambahan Bermula Hari Ini

ARTIKEL BERKAITAN: Status Gagal Kredit, Pemohon Bantuan GKP Diminta Kemaskini Akaun Bank Jika…

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran GKP 4.0 TIDAK Cukup Untuk Tampung Perbelanjaan

Salma Syahbuddin