Trending By: Maya Basir April 11, 2022 @ 3:41pm

“Ibu Saya Beri Idea…” – Chubb-E Kecewa Adegan Panas Wanita Separuh B*gel MV Rambang Dipotong

Penyanyi Chubb-E kecewa apabila adegan panas yang memperlihatkan seorang wanita separuh bogel di dalam video muzik (MV) terbarunya, Rambang terpaksa dipotong.

Foto berunsurkan lucah daripada sedutan MV Rambang yang pernah tular sebelum ini mengundang kecaman netizen. Namun, penyanyi itu menegaskan bahawa aksi adegan itu tidak keterlaluan.

Disebabkan kecaman tersebut, adegan bersama wanita itu terpaksa dipotong untuk menjaga sensitiviti netizen yang menonton.

Chubb-E ditemui di majlis berbuka puasa bersama artis dibawah pengurusan Ace Talent dan majlis pelancaran lagu OoTD Raya di Grand Barakah Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Chubb-E atau nama sebenar Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy mengatakan bahawa babak untuk menampilkan model wanita dalam MV itu merupakan idea asal ibunya.

“Saya memang berharap babak itu ada dalam MV sebab ia merupakan idea asal. Ibu saya yang memberi idea untuk babak tersebut. Malah ibu juga yang dapatkan model wanita dari Ukraine itu.

“Apa yang saya tunjukkan, yang netizen tak suka ke apa… memang keluarga saya tahu dan saya tak akan buat sesuatu yang keluarga tak suka,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka bahawa adegan tersebut akan mendatangkan kontroversi memandangkan penyanyi rap seperti Caprice dan Joe Flizzow juga menggunakan konsep yang sama.

“Memang agak sedih bila babak tersebut terpaksa disunting dan dibuang. Ikutkan memang dah rancang untuk jadikan ia salah satu gimik selepas dilancarkan lagu itu.

“Kami rakam MV itu awal bulan Februari lalu. Ikutkan bagi saya, tak ada masalah pun babak itu.

“Sebab saya pun ambil idea dan rujukan daripada MV lama-lama seperti MV lagu Joe Flizzow dan Caprice. Mereka pun ada MV yang memaparkan wanita berpakaian bikini saja.

“Tapi Sekarang netizen sensitif… kadang-kadang sensitif tak bertempat. Tapi saya pelik, bila babak itu tak ada dalam MV, netizen geram pula. Bila ada, kang kena kecam,” ujarnya.

Sumber: GEMPAK

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Tue, 3 Nov 2020
Events Sat, 24 Nov 2018

Gambar Perkahwinan Agong dengan Miss Moscow Curi Tumpuan Ramai

Sehingga pagi ini, Istana Negara masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis berkenaan.

Featured Mon, 30 Oct 2023

[VIDEO] Comelnya! Hadir Majlis Graduasi Anak, Puteri Sarah Luah Rasa Bangga… Syaikhul Siap Jadi Imam Solat!

Sejuk perut ibu yang mengandungkan. Moga Syaikhul & Sumayyah always happy❤️❤️❤️

Featured Wed, 7 Apr 2021

Dari Geng Sidai Ke Kene Sidai, Ryan Deedat Dedah Inspirasi Single Terbaru

Penyanyi, Ryan Deedat kini tampil dengan single terbaru yang berjudul Kena Sidai berkolaborasi bersama komposer muda, Heil Nuan dan rapper, Killa Drilz. Menurut Ryan Deedat, perkataan KENE SIDAI amat sinonim dengan pengikut Instagram miliknya memandangkan […]

Hiburan Wed, 20 Sep 2023

Siti Nurhaliza Dedah Alami Masalah Peti Suara, Rakam Album Sitism Sebanyak Dua Kali

Tapi Siti dah pulih sepenuhnya..Album Sitism pun best je

Featured Fri, 28 Oct 2022
Featured Fri, 13 Jan 2023

“Ready To Fight” – Zahid Hamidi Sahut Cabaran Khairy Jamaludin?

Ucapan ringkas ‘ready to fight’ yang diucapkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika bersalaman dengan Timbalan Ketua UMNO bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa hadir pada Perhimpunan Agong UMNO 2022 (PAU2022) […]