Featured By: Aqilah Paharuzi April 7, 2022 @ 4:47pm

Inspektor Polis Mengaku Tidak Bersalah Mer*gol, Bers*tubuh Luar Tabii & Menc*bul Seorang Tahanan Wanita

Pegawai polis berpangkat Inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan iaitu merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul kehormatan seorang tahanan wanita berumut 29 tahun di pejabatnya.

Inspektor dikenali sebagai A. Teevagar Gabrialnayagam, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas perbicaraan diadakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Memetik laporan Utusan Malaysia, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (f) Kanun Keseksaan atas tuduhan pertama iaitu merogol wanita terbabit di bilik pegwai penyiasat, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah IPD di Kota Bharu, Kelantan pada 5 Jun tahun lalu.

Untuk tuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan atas pertuduhan telah melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii secara sengaja terhadap mangsa.

Bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan untuk kesalahan menggunakan kekerasan jenayah ke atas wanita tersebut dengan berniat untuk mencabut.

Seterusnya, atas pertuduhan keempat pelaku didakwa melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dengan sengaja terhadap mangsa yang sama pada 7 Jun 2021.

Bagaimanapun, tertuduh membayar ikat jamin yang ditetapkan oleh mahkamah sebanyak RM11,000 bagi keempat tuduhan dan perbicaraan akan disambungkan pada 17 Mei depan.

Sumber/Kredit Foto: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 5 Jun 2020

Tambahan RM50 Juta Untuk Skim PEKA B40

Berita baik buat golongan B40

Featured Tue, 29 Nov 2022

Berang Aib Afiq Muiz Tercalar, Aishah Azman Dakwa Bekas Kakak Ipar Ada Sisi Gelap – “Curang, Minum Arak, Makan Bab*”

Fuhhhh, pentingnya jangan dengar sebelah pihak saja 🥴😮‍💨 Apapun moga semua baik baik saja

Trending Mon, 8 Jul 2019

Jangan Pandang Rendah Dekat Rider, Kisah Ini Bakal Buka Mata Anda!

Ramai yang sanggup bekerja lebih dari satu pekerjaan pada masa yang sama demi menampung perbelanjaan bulanan.

Hiburan Sun, 2 Jun 2019

’Ayah Kena Strong…’- Liza Hanim Doa Bapa Sembuh Dari Kanser

Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat Abdul Halim, bapa kepada Liza Hanim. Amin…

Featured Tue, 29 Nov 2022
error: Content is protected !!