Trending By: Padin February 6, 2023 @ 5:52pm

Rai Kejayaan, Aleeya Zailan Sedih Terkenang Arwah Ibu – “Tapi Saya Bersyukur Kerana…”

Pempengaruh Aleeya Zailan sedih terkenangkan arwah ibunya tatkala meraikan kejayaan pembukaan butik fizikal pertama jenama kecantikan hasil usaha penat lelahnya.

Menurut usahawan Avenys ini, perasaannya bercampur baur tatkala melihat butik tersergam indah hasil kerja kerasnya bersama pasukan.

“Ramai sedia maklum, bisnes Avenys bermula di era pandemik dan segala urus niaga diusahakan secara atas talian menerusi platform maya dek kekangan yang ada pada waktu itu.

“Sebab itu apabila hari ini saya lihat sendiri depan mata butik yang selama ini hanya berlegar-legar di fikiran tanpa boleh menyentuhnya, bagaikan tidak percaya.

“Akhirnya penat lelah kami keluarga Avenys memerah kudrat kira-kira setahun lebih akhirnya membuahkan hasil.

“Selain kewangan yang semakin kukuh, menerusi bisnes ini juga Allah telah hadirkan bukan seorang tetapi ribuan pelanggan yang salin tak tumpah seperti arwah ibu.

“Nasihat yang dulunya dititipkan dari mulut arwah ibu kini masih saya dengari dan perolehinya daripada para pelanggan Avenys yang sentiasa mendoakan kejayaan kami.

“Bayangkan saya selalu menerima nasihat daripada ibu-ibu yang kebanyakannya adalah pengikut setia di laman sosial. Mereka tak pernah jemu memberikan sokongan.

“Lebih manis, pohonan doa juga tidak pernah lekang diutuskan buat saya. Alhamdulillah, betapa bertuahnya saya sekeluarga,” ceritanya sebak.

Turut berkongsi kesedihan dirasainya adalah suami, Azri Aziz atau lebih mesra disapa Big Boss yang baru sahaja kehilangan bapanya pada Disember lalu.

“Memang sedih, tetapi saya tetap gembira dengan pembukaan butik ini dan akan sentiasa ingat pesan arwah agar sentiasa bersikap jujur serta rajin dalam melakukan perniagaan,” katanya.

Sementara itu, pada majlis sama, Avenys turut memperkenalkan produk terbaharu keluaran mereka berupa jel mandian yang dihasilkan dalam lima haruman iaitu Midnight Dream, Autumn Kiss, Twilight Bliss, Rose Paradise dan Sea Breeze.

Butik pertama Avenys itu dibuka di aras bawah dalam pusat beli-belah Alpha Angle Wangsa Maju dan telah pun memulakan operasi pada awal tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Feb 2023
Trending Mon, 14 Sep 2020

Semua Sekolah Di Kedah Bakal Ditutup

Sama-sama kita tunggu pengumuman nya okay!

LIFESTYLE Tue, 18 Dec 2018

Here are 6 Soon-to-Be Travel Hot Spots for 2019

It’s a mix of adventurous and relaxing getaways.

Hiburan Sun, 21 Apr 2019

Sam Shaffik Juara Mister Planet Nation Malaysia 2019, Tahniah!

Begitu juga para pemenang 5 gelaran istimewa – Sam Syaffik (Mister Favorite), Aidil Amin (Mister Fitness), Azri Rahim (Mister Friendship), Izwan Ali (Mister Talented) telah membawa pulang sash beserta pakej percutian tajaan Erya by Suria dan pakej fotografi ekslusif tajaan Blackpepper Production khas buat Mister Photogenic, Ezrul Rizwan.

Featured Fri, 1 Apr 2022
Trending Mon, 6 Apr 2020
Trending Wed, 15 Apr 2020
Featured Mon, 3 Jan 2022

Tular Video Lelaki Buat Tarian Pelik Dalam Bas, Netizen Minta Jangan Jadikan Bahan Gurauan

Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai seorang lelaki yang membuat tarian pelik di dalam sebuah bas ekspres di perhentian R&R Simpang Pulai, Perak. Video yang dimuat naik di laman Facebook Penang Kini itu dirakamkan oleh

| Live TV