Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd November 7, 2020 @ 3:29pm

The Nite Nite Show Bersama Alvin Anthons Diiktiraf Malaysia Book Of Records

The Nite Nite Show with Alvin Anthons, meraih pengiktirafan Rekod Negara, sah daripada Malaysia Book of Records di atas gelaran First Instagram Live Broadcasting Talk Show.

Hadirnya situasi pandemik telah membangkitkan kegunaan digital yang tinggi dalam kalangan masyarakat kerana kadar penggunaan telefon pintar yang tidak lekang lagi. Walaupun penggunaan Instagram Live bukanlah satu aktiviti yang asing, The Nite Nite Show with Alvin Anthons merupakan sebuah rancangan hiburan pertama di Malaysia yang disiarkan secara lansung melalui aplikasi Instagram, dilengkapi set studio dan DJ secara lansung. Tidak ketinggalan juga tetamu-tetamu istimewa yang hadir melalui akaun Instagram masing-masing, di mana mereka akan berbincang mengenai isu-isu semasa dan menyertai segmen permainan yang menarik, dicipta khas bagi setiap tetamu yang hadir.

Rancangan ini merupakan rancangan pertama yang berjaya menggunakan layout Live-Multi-Output di mana ia menggabungkan penyiaran visual daripada kedua-dua belah pihak (hos dan tetamu), audio dan muzik secara lansung yang dimainkan oleh DJ sepanjang durasi rancangan dilaksanakan, di bawah produksi yang berkualiti tinggi. 

Menggunakan format Bahasa Inggeris, rancangan bual bicara malam ini telah pun menamatkan Musim Pertama pada hujung bulan Julai 2020 yang lepas di samping kejayaan membawa 13 nama selebriti top dari Malaysia, Singapura dan juga Amerika Syarikat sebagai tetamu rancangan. Antara nama besar yang muncul adalah seperti Dato’ Hans Isaac, Dato’ Norman (KRU), Gurmit Singh aka Phua Chu Kang, Amber Chia, Allan Wu (Amazing Race Asia) dan Justin Bratton (Asia’s Got Talent). Program ini bersiaran secara lansung 2 kali seminggu, di laman akaun Instagram (@Alvinanthons), setiap hari Selasa & Khamis, jam 10 malam.

Hebat!

Setiap episod menampilkan dua segment permainan ; 1) permainan menarik seperti – Menyedut Helium sambil membaca ayat pembelit lidah (tongue twister) dan menyanyi sebuah lagu sambil memakan sejenis sayuran Peria. 2) Rapid Fire, memerlukan tetamu untuk menjawab soalan panas dan ada kalanya soalan yang memalukan dalam masa yang sangat singkat, beserta hukuman yang pelik jika mereka gagal dalam permainan tersebut. Para penonton juga berpeluang menyertai permainan yang disediakan bersama tetamu dan memasuki peraduan mingguan bagi memenangi barangan rasmi program. Rancangan ini mensasarkan penonton Malaysia yang berumur 21 – 55 tahun dan telah pun berjaya meraih anggaran penonton secara lansung seramai 500+ bagi setiap episod sejak penyiaran pertamanya pada bulan Jun, manakala anggaran penonton bagi setiap rakaman episod di Youtube telah melebihi 5,200 penonton.

The Nite Nite Show with Alvin Anthons merupakan rancangan bual bicara kedua bagi Alvin, sebagai seorang hos. Sebelumnya, beliau mengendalikan sebuah rancangan bual bicara bertajuk ‘Let’s Talk’, yang bersiaran di Radio Televisyen Malaysia TV2. Program bual bicara hiburan ini telah meraih lebih 1 juta penonton bagi setiap episod sepanjang penyiarannya selama tiga musim, pada tahun 2000 yang lepas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 May 2024
Featured Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Sat, 19 Jul 2025
Featured Sat, 31 Dec 2022

Bantu Mangsa Banjir Rantau Panjang, Warganet Beri Penghargaan Kepada Khairul Aming & Pasukan – “Terima Kasih Sebab Prihatin…”

Umum mengetahui, baru-baru ini beberapa negeri telah dilanda banjir teruk sehingga menyebabkan ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). Tampil menghulurkan bantuan, pempengaruh Khairul Aming dan team Sambal Nyet turun ke Rantau Panjang, Kelantan […]

Trending Sun, 19 May 2019

菲总统发表演讲被蟑螂「附体」了!

菲律宾总统罗德里戈·杜特尔特(Rodrigo Duterte)日前在一场竞选集会上发表演讲时,发生一个有意思的小插曲……

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Trending Wed, 13 Nov 2019

想拍仙女照却秒变掀女!日网友自嘲:理想VS现实差异照

大家翻看网美的旅游照时,心中会不会有这样的疑惑:她们生活在另一个世界吗?为什么随意捕捉到的瞬间都这么美?

error: Content is protected !!