Trending By: Salma Syahbuddin June 4, 2020 @ 10:00am

Tindakan ‘unik’ Malaysia Ini berjaya bendung COVID-19

Syabas Malaysia!

Hal ini telah diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah apabila Malaysia adalah negara pertama dan paling cepat dalam kalangan negara di Asia yang mengawal pergerakan rakyat melalui pelaksanaan PKP sejak 18 Mac lalu.

” Ini berbeza dengan di luar negara, yang mana bagi mereka yang tiada gejala atau bergejala ringan, mereka hanya dikuarantin dan diasingkan di rumah saja.

Ini dua tindakan unik Malaysia

Sumber : Google

Ini antara dua tindakan unik Malaysia dalam membanteras penularan Covid-19 iaitu, pengasingan individu yang positif COVID-19 walaupun tidak bergejala dan mengkuarantin rakyat yang pulang dari luar negara adalah dua tindakan ‘unik’ Malaysia yang terbukti berjaya membendung penularan wabak itu di negara ini.

Dr Noor Hisham berkata, apabila PKP satu, dua dan tiga dilaksanakan, terbukti pada 18 April lalu, kes COVID-19 tidak mencapai kemuncak 6,300 kes seperti yang diramalkan JP Morgan, sekali gus membuktikan Malaysia berjaya melandaikan lengkuk kes jangkitan.

Terima Kasih, PM!

Sumber : Google

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menerima nasihat Kementerian Kesihatan, selain memberi kepercayaan kepada penjawat awam sebelum membuat keputusan melaksanakan PKP melalui penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

” Tindakan ini diambil walaupun negara jiran belum lagi melaksanakannya. Kita mengawal sempadan dan rakyat luar tidak dibenarkan masuk ke Malaysia, sebelum kita melihat bagaimana untuk kita dapat memutuskan penularan jangkitan dalam negara,” katanya dalam satu sesi temubual semalam.

[LIVE] Program Temu Minda: Di Sebalik Tabir KKM Memerangi Wabak COVID-19 bersama YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.#KKMM #KomunikasiKita #KitaTeguhKitaMenang

Posted by Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM on Wednesday, 3 June 2020

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Trending Fri, 30 Jul 2021
Featured Fri, 10 Sep 2021

Transformasi TV9 Dengan Wajah Baru, #JanjiHappy Bakal Curi Perhatian Penonton

Saluran televisyen, TV9 tampil melakukan transformasi berwajah baru semalam. Menerusi slogan #JanjiHappy, stesen televisyen (TV) milik Media Prima Berhad (MPB) itu kini menjadi saluran hiburan yang menyasarkan penonton segenap lapisan umur bermula dari kanak-kanak hinggalah […]

Trending Wed, 12 Dec 2018

Youtube Malaysia Rewind Video Terhangat Sepanjang 2018

Nak tahu antara video paling trending sepanjang 2018?

Trending Tue, 30 Apr 2019