Trending By: Padin October 7, 2023 @ 11:52am

[VIDEO] Idam Jadi Jurulatih, Sharul Aimy Tak Tolak Peluang Jadi Pelakon – “Proses Penggambaran Bukan Mudah, Babak Sikit Tapi Shooting 2 Hari”

Atlet kacak, Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam, 22, menamatkan kemarau 17 tahun negara tanpa sebarang pingat dalam gimnastik artistik apabila meraih gangsa di Sukan Asia Hangzhou, baru-baru ini.

Mahu berusaha lebih keras untuk membuatkan Malaysia bangga, anak jati Terengganu ini sedang bergiat aktif untuk mencari dana bagi meneruskan usahanya membawa nama negara ke sukan Olimpik.

“Saya perlu dana sebanyak RM300,000 untuk melayakan diri ke acara yang saya impikan selama ini. Saya sanggup pakai duit sendiri untuk pergi ke sana.

“Biarpun saya tak berjaya, apa yang paling penting, saya dah cuba dan berusaha sehabis baik. Buat masa sekarang, saya masih mencari dana dan saya berharap orang ramai sudi bekerjasama dengan saya,” katanya kepada XTRA.

Sharul ditemui pada majlis makan malam bersama media yang diadakan di sebuah hotel di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, malam tadi.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa hadapan, pemenang pingat acara melombol ini menyimpan impian untuk menjadi jurulatih.

“Setakat ini, fokus saya adalah mahu berusaha sehabis baik bagi mengharumkan nama negara ke peringkat paling tinggi dalam sukan gimnastik artistik.

“Mungkin apabila saya bersara satu hari nanti, saya memasang angan-angan untuk menjadi jurulatih. Saya mahu membantu atlet muda serta pelapis dalam sukan ini dan misi saya adalah untuk membanggakan negara,” katanya lagi.

Disoal mengenai penglibatan dalam dunia seni, Sharul tidak menolak peluang untuk menceburi dunia hiburan sebagai pelakon.

Pernah muncul sebagai cameo dalam drama Journal Sara-Haeyo yang bersiaran di Viu, Sharul mengaku proses penggambaran dan lakonan adalah satu hal yang sukar.

“Saya tak tolak peluang. Mungkin boleh difikirkan. Sebelum ini saya pernah berlakon drama sebagai cameo, prosesnya bukan mudah.

“Biarpun babaknya sedikit, tapi proses penggambaran mengambil masa dua hari. Namun, penglibatan saya dalam bidang seni tak mengganggu tumpuan saya dalam bidang sukan.

“Saya sudah beberapa kali ikuti proses penggambaran drama dan iklan. Ia akan dilakukan selepas tamat latihan, sama ada pada waktu malam atau hujung minggu,” ujarnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 9 Aug 2018

Jiran Tarik Seluar Dalam Ketika Tidur, Nasib Baik Sempat…

Kejadian ini disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji kejadian berlaku tidak lama selepas suami mangsa keluar, suspek masuk ke rumah terbabit. Menakutkan!

Featured Thu, 7 Oct 2021

Rentas Negeri Dibenarkan Dalam Beberapa Hari Lagi

Pergerakan rentas negeri akan bermula dalam beberapa hari lagi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Tan Sri Dr Noor Hisham mengumumkan perkara itu menerusi laman Twitter beliau. “Dalam tempoh beberapa hari […]

Hiburan Tue, 4 Jul 2023
Events Wed, 18 Jan 2023
Featured Wed, 28 Nov 2018
Trending Sun, 6 Dec 2020

Gantikan Judika Di SFMM35, Afif Tirmizie Kini Muncul Dengan Single Maaf

Ni identiti lelaki yang gantikan Judika masa SFMM25 hari tu!

Featured Fri, 8 Apr 2022

Wisapat Sand Dilarang Tinggalkan Thailand, Terpalit Pertuduhan Kecuaian Menyebabkan Kematian Tangmo Nida

Sand juga merupakan rakan Tangmo yang berada dalam bot yang sama ketika kejadian berlaku