Featured By: Salma Syahbuddin April 8, 2022 @ 6:00pm

Wisapat Sand Dilarang Tinggalkan Thailand, Terpalit Pertuduhan Kecuaian Menyebabkan Kematian Tangmo Nida

Selepas pengurus mendiang aktres popular Thailand, Nida Patcharavirapong atau Tangmo Nida iaitu Gatick Juthasuksawat tampil mengaku bersalah kerana memberi kenyataan palsu kepada pihak polis berhubung punca kes kematian selebriti itu.

Kali ini, Sand atau nama sebenarnya Wisapat ‘Sand’ Manomairat iaitu salah seorang antara empat individu yang didakwa sebagai ‘dalang’ kematian Tangmo pula, tampil menafikan pertuduhan polis bahawa kecuaiannya mkenjadi punca kematian aktres itu.

Memetik laporan Patayya Mail, Sand menafikan pertuduhan yang dikanakan ke atasnya dan menyerahkan aset miliknya bernilai 200,000 baht (RM25,000) sebagai jaminan.

Menurutnya dalam sesi soal jawab selama tiga jam itu, dia akan mempertahankan dirinya mengikut sistem keadilan dan syarat pembebasan sementara.

Manakala, peguam yang mewakili Sand, Pornsak Wipas-apanon berkata, Sand hanya akan dikenakan satu pertuduhan iaitu kecuaian menyebabkan kematian dan tidak mengetahui jika selepas ini pihak polis akan mengadakan pertuduhan lain.

Tambahnya lagi, Sand turut dikenakan perintah dan larangan untuk tidak meninggalkan negara itu selain perlu melapor diri setiap 12 hari.

Terdahulu, Sand dilaporkan memberitahu pihak media bahawa sebelum kejadian tragik itu, Tangmo ke belakang bot bersendirian sebelum terjatuh ke Sungai Chao Phraya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Pengurus Tangmo Nida, Gatick Mengaku Beri Keterangan Palsu

ARTIKEL BERKAITAN:Hasil Bedah Siasat Terbaharu Kematian Tangmo Nida Pula Didedahkan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 5 Jun 2020

Pasar Di Selangor Akan Mula Dibuka Esok

Khas buat penduduk Selangor..

Hiburan Fri, 8 Mar 2019
Featured Fri, 10 Mar 2023

Cinta Lama Berputik Kembali, Aisha Retno & Aziz Harun Bersatu Dalam ‘Jarak’

Sweet sangat dua orang ni tau! Sedap sangat lagu duet mereka berdua dalam Jarak 😘 Jangan lupa dengarkan

Hiburan Fri, 7 Dec 2018
Hiburan Sun, 15 Apr 2018

Keluar Bersama Tak Bermaksud Kami Bercinta – Neelofa

Saya akan menyokong sesiapa yang berusaha. Apabila Neelofa datang kepada saya bersama idea mengenai kempen ini, saya memberitahunya, kenapa tak buat? Saya hanya membantu Neelofa untuk merealisasikan kempen ini. Baguslah kalau begitu, bantu membantu antara satu sama lain.

Events Wed, 12 Sep 2018
Featured Mon, 23 May 2022
Events Fri, 27 Jul 2018

Jom! Meriahkan Karnival Jom Heboh Anda Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik Sabtu Ini

KJH memulakan siri jelajahnya pada 28 & 29 Julai bertempat di Kuala Lumpur Sports City Bukit Jalil bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 9.00 malam.

Trending Hari Ini Wed, 27 May 2020