Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 5, 2024 @ 2:29pm

Pertama Kali Berlakon Filem, Nadhir Nasar Akui Fattah Amin Suntik Kekuatan Sepanjang Penggambaran Pendekar Awang

Pelakon, Nadhir Nasar meluahkan rasa teruja apabila salah satu impiannya untuk beraksi di layar perak kini tercapai menerusi filem pertamanya, Pendekar Awang Darah Indera Gajah.

Nadhir mengakui ada mendapat beberapa tawaran lain untuk penggambaran filem sebelum ini, namun ketika itu dia masih belum bersedia kerana mahu memperbaiki bakat lakonannya.

“Sebelum ini ada beberapa filem bertanya untuk berlakon tetapi saya menolak mungkin kerana pada tahap itu saya belum bersedia.

“Saya fikir saya perlu berlakon dalam drama dulu untuk memperbaiki lakonan saya kemudian baru boleh beraksi di skrin besar ini. Bila tengok poster filem ini, saya sendiri rasa sangat bangga,” katanya.

Sementara itu, Nadhir juga teruja atas rezeki untuk berada dalam satu kaca bersama idola-idolanya dałam bidang lakonan seperti Wan Hanafi Su, Amerul Affendi dan Namron.

“Dalam tiga bulan sebelum mula penggambaran, saya berjumpa dan bersembang dengan pelakon-pelakon hebat seperti abang Namron, Wan Hanafi Su dan Amerul Affendi. Itu adalah sekumpulan idola-idola saya.. rezeki tak pernah salah alamat, syukur saya dapat berlakon satu naskah dengan mereka.

Nadhir Nasar

Malah, Nadhir turut menganggap berlakon bersama aktor terkenal, Fattah Amin sebagai kekuatannya sepanjang penggambaran filem ini berlangsung.

“Pertama kali berlakon bersama, Fattah adalah salah satu kekuatan saya dalam filem ini. Bila berjumpa, kami bersembang dan ternyata kami serasi. Memegang watak sebagai adik-beradik dalam filem ini. saya dan Fattah banyak berbincang.

“Begitu juga dengan isterinya, Fazura yang banyak membantu saya walaupun babak saya dengannya sikit,” ujarnya lagi.

Nadhir berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya, baru-baru ini. 

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh negara bermula pada 11hb Januari 2024.

Pendekar Awang Darah Indera Gajah ini merupakan sekuel kepada filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan atau prekuel kepada filem Mat Kilau 2 yang akan dibikin pada masa hadapan kelak.

Artikel Berkaitan: Berlakon Dengan Fazura Dalam Pendekar Awang, Fattah Amin Akui Lebih Semangat – “Sentuhan Isteri Itu Menghidupkan Karakter”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Akhirnya Impian Tertangguh 2 Tahun Bakal Direalisasikan – Liza Hanim

Siapa yang tak kenal dengan LIza Hanim? Memiliki kekuatan vokal yang mantap meletakkan Liza Hanim berada dalam kelas tersendiri. Walaupun agak lama menyepi, pemenang Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-17 menerusi lagu Gelisah Mimpi […]

Hiburan Tue, 3 Oct 2023
Selebriti Mon, 9 Oct 2023
Featured Sun, 12 Jun 2022
Trending Tue, 7 May 2019

Cabaran letak lipas di atas muka adalah trend remaja kini. Menjijikkan!

Sanggupkah anda menyelongkar dapur semata-mata untuk mengikuti cabaran ini?

Hiburan Fri, 14 Jun 2024

Han Byul Bertemu Jodoh Di Malaysia

Oppa Han ada lagu baru lah!!!!

Trending Thu, 13 Sep 2018

Lagi Kes Bayi Ditemui, Kali Ini Di Atas Jejantas Kampung Pandan!

Mereka menemui beg berwarna hitam di laluan pejalan kaki di jejantas itu dan pemeriksaan membawa kepada penemuan bayi yang dibalut dengan kain batik.

error: Content is protected !!