Euforia Bola 2026
Trending By: tex_admin May 7, 2019 @ 10:52am

Cabaran letak lipas di atas muka adalah trend remaja kini. Menjijikkan!

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Remaja sering dianggap sebagai golongan yang sukar untuk difahami.

Ini kerana, mereka sering melakukan tindakan yang pelik dan gemar menyendiri.

Hal ini termasuklah memulakan trend aneh yang menjadi ikutan remaja lain di seluruh dunia.

Baru-baru ini, trend meletakkan lipas di atas muka menjadi topik hangat di laman maya media sosial.

Ia dimulakan oleh pengguna Facebook yang bernama Alex Aung yang memuat naik gambarnya yang meletakkan lipas di atas muka dengan kapsyen, “Cabaran baru. Adakah anda boleh melakukannya?”

Meskipun cabaran ini adalah menjijikkan bagi kebanyakan orang yang mempunyai akal sempurna, tetapi tidak bagi remaja yang terpengaruh dengannya.

Ia menjadi ikutan remaja dari Myanmar, Indonesia dan Filipina yang tidak melepaskan peluang untuk memuat naik gambar tersebut di laman sosial mereka. 

Foto: Says.com

Foto: Says.com

Foto: Says.com

Lebih menjijikkan, ada yang meletakkan lipas ke dalam mulut! Ekstrem dan gigih!

Foto: says.com

Sebenarnya, banyak lagi trend berfaedah yang boleh diikuti oleh remaja sekarang seperti ‘Trashtag Challenge’ yang melibatkan cabaran mengutip sampah di kawasan kotor. 

Orang yang menyahut cabaran tersebut haruslah mengambil gambar sebelum membersihkan sampah tersebut dan selepas ianya dikemaskan.

 

Cabaran begini barulah boleh dipuji! 

Apa pendapat anda? Adakah anda akan melakukan perkara yang sama bagi mengikuti trend yang sedang hangat diperkatakan?

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 16 Mar 2025

Replika Baju Melayu Gergasi Cetus Kontroversi, Ini Penjelasan Pengasas Bulan Bintang

Kehadiran replika baju Melayu gergasi mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Trending Sun, 24 Dec 2023

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Genap 18 Hari, Tapi Pembunuh Masih Belum Ditangkap? Polis Minta Bantuan Interpol

Dah masuk hari ke-18, pembunuh masih bebas? Harap pelaku cepat ditangkap & dihukum seadil-adilnya!

Trending Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Wed, 4 Dec 2024
error: Content is protected !!