Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 4, 2024 @ 1:17pm

Video Menari Lagu APT Bersama Engku Sulwani Dikritik Tak Senonoh, Ini Penjelasan Kael – “Tolong Berfikiran Terbuka”

Penyanyi, Kael tampil memberi penjelasan berhubung isu video menari bersama model, Engku Sulwani yang dikritik tidak senonoh oleh segelintir netizen terutamanya selepas wanita itu memilih untuk membuka hijabnya.

Kael atau nama sebenar Michael Lean Chien Er menjelaskan mereka hanya mengikut trend masa kini untuk membuat content menari menggunakan lagu ‘trending’ APT nyanyian Rose’ dan Bruno Mars.

Di ruangan komen hantaran tersebut, ada sesetengah netizen yang menganggap content sedemikian telah mencalarkan imej agama Islam dengan tarian mereka, lebih-lebih lagi tindakan Sulwani yang menjilat lollipop itu.

“Saya buat video APT tu kolaborasi dengan Engku Salwani, hanya untuk content semata-mata mengikut trend. Saya mengaku bukan tempat saya nak cakap soal agama, tapi kenapa orang caci tanpa semak asal usul orang?

“Saya bersifat terbuka tak bermaksud saya ni tak beragama. Berkenaan dengan Engku Sulwani, Lollipop itu adalah hanya props content. Lollipop memang makan begitu jadi kenapa nak kena fikir kotor? Kalau semua budaya barat salah, jangan tengok media sosial,” katanya.

Selebriti yang berbangsa Cina Peranakan Siam ini turut menjelaskan dia tidak berhak menilai pemilihan Sulwani yang sudah membuka tudung, malah Kael menganggap wanita itu seorang yang sangat baik.

“Saya tidak menilai siapa pun yang nak berhijab atau tidak. Bagi saya itu adalah pilihan mereka sendiri dan mereka ada perjalannnya sendiri, siapa kita nak menilai dan mengutuk, sebab kita pun tak sempurna.

“Engku Sulwani adalah orang yang baik dan berpendidikan. Saya percaya dia pun banyak lalui cabaran dan dugannya yang orang tak tahu. Saya rasa kecewa bila dia buka tudung, orang maki dia. Ada juga lelaki DM (mesej) ayat-ayat kotor konon nak mengorat,” ujarnya ketika dihubungi XTRA.

@xtra_my

Saya nak sampaikan pada netizen supaya jangan jadi ‘katak di bawah tempurung’. – Kael #fyp #xtra #kael #engkusulwani #apt #taksenonoh #beritaditiktok #sembangentertaiment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Sementara itu, Kael turut sempat memberi nasihat kepada netizen untuk bersikap terbuka agar tidak mudah menjatuhkan hukuman serta persepsi negatif terhadap orang lain.

“Saya percaya kita kena luaskan fikiran untuk pandang dari sudut lain. Saya nak sampaikan pada netizen supaya jangan jadi ‘katak di bawah tempurung’.

“Kami ini artis, orang seni dan content creator yang perlu aktif buat content unutk cari makan dan kekal relevant. Nak tegur tu biar ada sifat penyabar dan penyayang. Jangan saja nak guna dasar agama untuk menilai orang,” akhirnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Engku Sulwani (Esul) (@engkusulwani)

Sebelum ini, nama Kael menerima kritikan ramai selepas video menari lagu APT bersama Engku Sulwani itu dianggap tidak menjaga sensitiviti terutamanya berkat dengan isu agama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 28 Jan 2018

Hafiz Agak Lantang Ada Netizen Kurang Senang

Hafiz Agak Lantang Ada Netizen Kurang Senang dimana baru-baru ini terjadi sewaktu teguran di buat melalui platform Twitter

Trending Thu, 11 Jun 2020

Semua UTC Di Seluruh Negeri Dibuka 15 Jun Ini

Buat korang yang nak renew IC ataupun buat passport tu, take note!

Featured Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Tue, 3 Dec 2019

Inikah Natasha Yang Menjadi Pilihan Hati Datuk Seri Eizlan Yusof?

Tak sabar tunggu apa yang diwar-warkan bakal jadi Wedding Of The Year ini!

Trending Wed, 11 Jul 2018

马上找「这种叶子」蟑螂再也不敢出现!

蟑螂到处都在,而蟑螂不死的生命力也让人相当头痛……

Trending Thu, 18 Aug 2022

“Saya Tak Bangga Dengan…” – Throwback Interview Lama, Nazim Othman Tak Terdesak Cari Perhatian Guna Foto Seksi

Nama Nazim Othman memang tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan tanah air. Di usia 37 tahun, Nazim masih giat meneruskan karier seni dan terbaru bakal tampil dengan drama Sorry Naik Lori. Namun buat anak […]

Hiburan Fri, 18 May 2018

Farid Kamil Baru Sedar Kena Gam Sebab Lantang Bersuara

Kerana berlantang suara terus kena gam, kat mana silapnya.

error: Content is protected !!