Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal May 18, 2018 @ 2:58am

Farid Kamil Baru Sedar Kena Gam Sebab Lantang Bersuara

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil mengakui dia baharu menyedari namanya digam beberapa syarikat produksi kerana dikatakan terlalu lantang bersuara mengenai dunia politik negara sebelum ini.

Menurutnya, perkara itu disedari sejak awal tahun lagi apabila beberapa tawaran membintangi drama ditarik balik selain mendakwa masih ada pihak yang belum melunaskan bayaran penuh walaupun tugasnya sudah selesai dilunaskan.

“Saya mula menyedari nama saya seperti digam apabila ada tawaran yang sudah dipersetujui tetapi diam tanpa sebarang susulan.

“Pada masa sama, saya turut dimaklumkan ada produksi yang menggugurkan nama saya daripada senarai, seolah-olah bimbang untuk mengambil saya bekerja.

“Semua kesukaran ini dikatakan berpunca daripada kelantangan saya bersuara di laman sosial.

“Saya juga masih menunggu bayaran penuh atas kerjaya yang dibuat. Saya tidak tahu kenapa bayaran penuh masih dilengah-lengahkan sedangkan ada di antaranya sudah ditayangkan,” katanya memetik BH Online.

Farid sebelum ini secara terbuka menunjukkan sokongannya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini bergelar perdana menteri ketujuh Malaysia.

Selain itu, Farid tidak menafikan kes mahkamah yang dilaluinya turut menjadi punca namanya disenarai hitam oleh pihak tertentu.

“Ditambah dengan kes mahkamah yang masih berjalan, ia menguatkan lagi alasan sesetengah pihak untuk tidak menggunakan khidmat saya,” jelasnya.

Pada 16 Januari lalu, Farid didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan menganggu tugas penjawat awam di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari.

Kesnya akan disebut semula pada 29 Jun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Nov 2024

Mengaku Ada Teman Rapat, Alif Hadi Belum Sedia Jalin Hubungan Cinta – “Tiada Siapa Boleh Ganti Yasmin Hani”

Alif mendedahkan tidak ada siapa yang boleh menggantikan bekas kekasihnya itu.

Featured Thu, 26 Jan 2023
Hiburan Wed, 11 Dec 2024
Hiburan Wed, 13 Nov 2024

Mantap! Nyalafest 2024 Himpun 8 Artis Terkenal Malaysia & Indonesia 30 November Ini

Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.

Hiburan Sat, 28 Dec 2019

Sudah Bergelar Bapa, Uniknya Nama Anak Baim Wong!

Tahniah Baim Wong & Paula atas kehadiran cahaya mata sulung!

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Azhar Sulaiman ‘Tegur’ Pelakon Suka Memilih

Jangan rasa industri seni di Malaysia macam di Hollywood walhal tidak. Ramai yang berada dalam bidang ini suka berangan.

Cahaya Mata Fri, 21 Oct 2022
Hiburan Wed, 12 Jul 2023
error: Content is protected !!