Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal January 28, 2018 @ 4:17pm

Hafiz Agak Lantang Ada Netizen Kurang Senang

Nama penyanyi Hafiz Hamidun kembali ‘panas’ selepas kes penceraiannya sebelum ini. Nampak gayanya ada yang tak berpuas hati dengan teguran Hafiz terhadap seorang pelakon jelita di Twitter.
Ada segelintir netizen yang berpendapat Hafiz agak ‘lantang’ dalam hal ini. Dalam masa sama, Hafiz memberitahu dia takkan berhenti meluahkan pendapat atau berkongsi nasihat di laman sosial walau ada yang mempertikai sejarah rumah tangganya.
 
“ Setiap orang berhak memuat naik perkongsian atau melayangkan komen, dan sebagai pemerhati, dirinya juga bebas memberikan maklum balas andai ia bertujuan baik.
“Apa kaitan antara isu perkahwinan saya yang sudah berlalu, dengan niat baik saya mahu menyuntik kesedaran kepada masyarakat supaya jangan memandang ringan terhadap dorongan membunuh diri?
 
“Teguran itu saya kongsi untuk memberi peringatan, jangan jadikan isu serius terutama bunuh diri sebagai sesuatu yang boleh menjadi gurauan. Banyak lagi perkara lain yang boleh dijadikan bahan lawak.
“Ada juga yang menyelar saya kerana menegur rakan artis itu secara terbuka, bukannya melalui mesej peribadi. Gurauan itu dilakukan secara terbuka, jadi saya perlu meluahkan teguran saya juga dengan cara sama supaya mesej itu sampai kepada semua orang,” kata penyanyi yang turut dikenali sebagai komposer itu.
 
Menurut Hafiz, tindakannya berkongsi peringatan berkenaan untuk dirinya juga.
 
“Lagipun, semuanya berbalik kepada niat, selain pada masa sama ia turut menjadi peringatan kepada saya supaya fikir dulu sebelum membalas komen yang boleh memudaratkan insan lain,” katanya kepada BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 May 2019

Here are the Top 10 Artists Malaysians are Discovering for the First Time

And Malaysians are loving these artists too…

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Justin Bieber Umum Mahu Rehat Dari Karier Tapi…

Mungkin dah terlalu penat, Bieber perlukan masa untuk buat comeback. Yang pasti, ramai yang tertunggu-tunggi lagu baharu Bieber.

Featured Wed, 22 Feb 2023

“Manusia Mudah Rapuh” – Filem Imaginur Beri Impak Mendalam Pada Fatimah Abu Bakar 

Bila cakap soal ibu bapa ni, auto jadi sebak 😭😭😭

Featured Fri, 14 Apr 2023
Hiburan Sun, 23 Feb 2025

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Payudara

Noor Kartini mendedahkan dirinya menghidap kanser payudara tahap satu.

Events Fri, 1 Nov 2019
Events Mon, 4 Nov 2019

Isu Karpet Merah #ASK2019, Kini Jasmin Hamid Pula Terkilan

Semoga anugerah selepas ini berjalan dengan lancar!

Selebriti Mon, 15 Aug 2022

Anjur Majlis Ilmu, Linda Rafar Syukur Ramai Rakan Artis Hadir

Pelakon dan penyanyi Linda Rafar telah menganjurkan satu majlis ilmu dan ramah mesra bersama penceramah terkenal Ustaz Wadi Annuar, baru-baru ini. Dalam perkongsian di laman Instagram, Linda memanjatkan rasa syukur kepada Allah atas penganjuran majlis […]

Hiburan Tue, 14 Feb 2023
error: Content is protected !!