Trending By: Salma Syahbuddin December 12, 2018 @ 4:21pm

Youtube Malaysia Rewind Video Terhangat Sepanjang 2018

Menjelang kedatangan 2019, Youtube tidak ketinggalan untuk berkongsi antara video terhangat, viral dan yang paling kreatif sepanjang tahun 2018. Menurut Youtube Malaysia, kedudukan video terhangat ini dipilih adalah berdasarkan waktu yang diluangkan, likes, dan jumlah komen yang ditinggalkan pada setiap video pilihan rakyat Malaysia.

Tahun 2018 meneruskan trend yang dilihat pada tahun lalu di mana hiburan tempatan telah menguasai tontonan-tontonan YouTube dengan kandungan dari pelbagai rancangan televisyen. Antara 10 video terbaik tahun ini ialah penyanyi Syamel and Ernie Zakri menduduki tempat teratas tontonan video paling banyak menerusi  lagu ‘Aku Cinta,’ di pentas AJL 32 diikuti dengan salah satu iklan Hari Raya paling popular tahun ini. Selain itu terdapat juga pencipta YouTube Alieff Irfan dengan filem pendeknya mengenai cabaran berpuasa dan juga persembahan penyanyi cilik  yang mengagumkan.

Video-video ini telah menghiburkan para penonton Malaysia dengan dendangan muzik tempatan, hiburan bergenre komed, dan kisah-kisah yang mungkin pernah kita alami sepanjang tahun ini.

Bukan itu sahaja, carta muzik video paling trending turut didominasi oleh penyanyi Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu di tangga kedua manakala, Lagu Syantik nyanyian Siti Badariah dari Indonesia mendapat tempat pertama dalam kategori ini. Selain itu antara muzik video yang turut menjadi pilihan masyarakat kita antaranya Hikayat Benladin, Luar Biasa (Ismail Izzani), Aqilah (Floor 88), DDU-DU-DDU (BlackPink) dan Girls Like You (Maroon 5).

Berikut adalah muzik video dan koleksi video menarik paling trending sepanjang tahun 2018 berdasarkan tontonan, perkongsian, ulasan, sukaan dan pelbagai lagi aktiviti yang korang lakukan di YouTube:

Video Paling Trending Videos di YouTube Malaysia 2018

  1. #AJL32 | Syamel & Ernie Zakri | Aku Cinta
  2. Gaya Raya Paling Ori – Filem Pendek Raya 2018
  3. Hantu Kak Limah (Tayangan Perdana)[HD] Di Pawagam Mulai 9 Ogos
  4. Srikandi Cintaku – Dato’ Awie & Mus May (Ost. Hantu Kak Limah)
  5. Dugaan Puasa
  6. Kugiran Masdo – Bunga
  7. Sedap budak ni nyanyi, berdiri bulu roma kalau dengar
  8. Maya Karin muntah darah? | Syamsul Yusof & Nasir Bilal Khan
  9. Motif Viral: Awek Manja Nak Cendol Pun Tak Tahu Kenapa Dia Viral
  10. #AME2018 I Persembahan Ruffedge padu ubat rindu | Bila Rindu, Lemas, Tipah Tertipu, Khayalan

 

Video Muzik Paling Trending di YouTube Malaysia 2018

  1. Siti Badriah – Lagi Syantik (Official Music Video Nagaswara) #music
  2. Sufian Suhaimi – Di Matamu (Official Music Video with Lyric)
  3. Ben Ladin – Hikayat Benladin (Official Lyric Music Video)
  4. Ismail Izzani – Luar Biasa ft. Alif (Official MV)
  5. BLACKPINK – ‘뚜두뚜두 (DDU-DU DDU-DU)’ M/V
  6. Floor 88 – Aqilah [Official Music Video]
  7. Maroon 5 – Girls Like You ft. Cardi B
  8. Deen Assalam – Cover by Sabyan
  9. Ghea Youbi – Gak Ada Waktu Beib (Official Music Video)
  10. 周杰倫 Jay Chou (with 楊瑞代)【等你下課 Waiting For You】歌詞版MV

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Nov 2023

Impian Cakra Khan Tercapai, Tampil Konsert Solo Diiringi Orkestra Bersama Datuk Ramli MS

Fuh, mesti gempak konsertnay mas Cakra!❤️‍🔥 Tambah pulakada Datuk Ramli🧡

Trending Mon, 30 Apr 2018

「6小时盖好的房子」一走进去让人不想出来了!

盖一间房子需要多久呢?这名来自意大利的设计师雷纳托(Renato Vidal)盖了一栋只花了6小时就完成的屋子,而且里头还相当精致。

Featured Mon, 9 Jan 2023

“Sebab Curang Ini Pilihan Bukan Paksaan” – Dr Fadzilah Kamsah

Hm betul apa pesan Dr Fadzilah Kamsah ni kan!

Hiburan Sat, 17 Jun 2023

“Saya Ditawarkan Nyanyi 4 Lagu…” – Viral Bergelek Sakan Di Kelab Malam, Ini Respons Baby Shima

Saya tak sengkek atau terdesak cari duit sampai sanggup untuk buat free ‘show’ – Baby Shima

Hiburan Mon, 28 Aug 2023

Tak Sempat Pergi Honeymoon, Ainul Aishah Bengang Kena ‘Sound’ Sebab Pentingkan Diri?

Lahhh kenapa pulak nak kacau orang nak pegi honeymoon ni?

Trending Tue, 19 Mar 2024

Ada Ke Patut Digunting-Guntingnya Telekung Nenek Dia? Haihh, Cucu.. Cucu..

Telekung ni dah menjadi kelengkapan wajib bagi setiap wanita Muslim. Selain menjadi alat kelengkapan solat, ia juga merupakan lambang cinta abadi pada setiap sujud hamba kepada Tuhannya. Bagi wanita, setiap telekung mempunyai keistimewaan dan nilai […]