Featured By: Salma Syahbuddin May 26, 2023 @ 12:46pm

Main Game ‘Choose Your Oppa’ Di TikTok, Respons Siti Khadijah Curi Perhatian -“Song Joong Ki? Toksik!”

Keterujaan pelakon jelita, Siti Khadijah Halim bermain permainan ‘Choose Your Oppa’ di TikTok mencuri perhatian dalam kalangan peminatnya.

Menerusi perkongsian di platform berkenaan, kelihatan Siti menyebut perkataan ‘jodoh’ sebelum menjerit keriangan dan permainan dimulakan.

“Well, biasalah oppa kot,” katanya.

Berdasarkan video berdurasi lebih satu minit itu, Siti kelihatan berhati-hati memilih pelakon kegemarannya.

“Aku tak boleh gerak sangat kepala aku, nanti dia….  tapi Gong Yoo? Aku akan hati-hati,” jelasnya.

Sebelum meneruskan permainan, Siti kelihatan lebih banyak memilih bintang utama siri drama popular, Korea Selatan, Goblin iaitu Gong Yoo berbanding pelakon lain seperti, Hyun Bin, Lee Seung Gi, Lee Jong Suk, dan Ji Chang Wook.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah, reaksi Siti apabila dia diminta untuk membuat pilihan sama ada memilih teraju utama drama popular Netflix, Vincenzo iaitu Song Joong Ki atau kekasih hati kepada pelakon Shin Min Ah, Kim Woo Bin.

Dan, sebaik sahaja foto Song Joong Ki tertera pada game berkenaan, Siti kelihatan memberikan gambaran bahawa pelakon itu bersifat ‘toksik’ lantas memilih Kim Woo Bin sebagai ‘Your Oppa’.

“Euwww, Toksik!,” ujarnya.

Tidak habis disitu, Siti kelihatan sekali lagi menjerit keriangan apabila memilih Park Seo Joon dan Gong Yo berbanding pelakon lain seperti,  Lee Min Ho, Kim Soo Hyun, Cha Eun Woo dan ramai lagi.

“Okay this is my husband. Tapi, boleh tak kalau nak pasang empat?,” katanya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut pelakon itu tertarik dengan komen yang diberikan aktres berkenaan sebaik sahaja melihat foto Song Joong Ki.

Malah, mereka kelihatannya bersetuju dengan pendapat Siti apatah lagi pelakon popular itu sebelum ini dilaporkan menceraikan bekas isterinya yang juga pelakon popular, Song Hye Kyo tanpa sebarang alasan kukuh.

“The moment when awak cakap Joong Ki toksik tu … Yass! Kween. I am your fan now.

“Song Joong Ki haters we stan!

“Part Song Joong Ki aku suka sangat bila dia skip.

“Yes, wise choice. Katakan tidak pada Song Joong Ki.

“Terima kasih kakak kerana buat saya happy tengok kakak main game ni. Selain happy tengok akak pilih Gong Yoo dan Park Seo Jun, happy juga bila akak skip Joong Ki,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 400,000 tontonan dan menerima lebih 39,000 tanda suka beserta pelbagai komen dari netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Jun 2018

李幸倪红馆首开唱「音乐世家」携家人组Band合唱

一连两场的李幸倪《First Of All Live》上周六在香港红馆正式举行;迎来人生首个红馆秀的李幸倪,以fit爆状态登场,同时也邀请了父母、姐姐和姐夫组Band合唱,第一次全家人同台演出!

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Nelissa Nezam langgar pantang?

Tapi kalau macam ni punya ‘hot’ lah, terus berkobar-kobar rasa nak ke gim. 

Hiburan Fri, 21 Dec 2018

Grant Gustin Finally Marries Sabahan Girlfriend!

Congratulations to the lovely couple.

Trending Wed, 2 Jan 2019

Mahathir Dinobatkan ‘Muslim Man Of The Year’, Tersenarai 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia

Tun Dr Mahathir Mohamad telah dinobatkan sebagai ‘Muslim Man of the Year’ dalam buku The Muslim 500 yang menyenaraikan 500 individu muslim berpengaruh di dunia setiap tahun.

Trending Wed, 20 Jun 2018

There are Turtles in Melaka and We NEED to Protect Them

We can’t let these endangered animals be exposed to anymore risks and hazards.

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Dah Lama Berehat, Pelakon Cilik Ini Dah Mula Bekerja

Menurut ibunya, Norashikin Mohd Aziz memaklumkan anaknya cukup teruja untuk kembali berlakon di mana kesihatan kanak-kanak itu beransur pulih.

Trending Wed, 6 Jan 2021
Hiburan Thu, 5 Jul 2018

当年红遍半边天的棒棒堂Lollipop,现在都去哪了呢?

相信许多90后,应该都对「我爱棒棒堂」不陌生吧!而当时红到不行的Lollipop,相隔多年的现在都跑到哪里了呢?

#LaguXTRA Thu, 11 May 2023

#LaguXTRA: Lagu Zaman Dulu Ada ‘Rasa’, Shazabae Berjiwa Orang Lama

Betul lagu lama ni memang tak lapuk ditelan zaman kan