Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 5, 2024 @ 4:30pm

“Tak Dapat Meroyan, Buruk-Burukkan Aku!” – Isu Pembahagian Harta Arwah Abam, Ali Puteh Perjelas Tak Makan Harta Anak Yatim

Pelawak Ali Puteh sekali lagi tampil menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali berhubung isu bayaran faraid dan juga kenyataan yang dikeluarkan menerusi hantaran di Facebook miliknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Hidayah kelihatan memuat naik semula video temu bual bersama program Melodi TV3 berkaitan isu bayaran hutang yang sebelum ini mencetuskan kontroversi antara kedua belah pihak.

“Malas nak layan, so dengar ni dan hadam kan apa peguam saya bagitahu okey!,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Menurut Ali, Hidayah berkata demikian apabila bayaran pada bulan lepas telahpun diterima, justeru dia tidak mempunyai sebab untuk memburuk-burukkanya dan ‘meroyan’.

Malah, Ali menegaskan, dia tidak memakan harta anak yatim seperti yang didakwa sebelum ini.

“Memang lah malas nak layan, sebab sudah dapat bulan lepas. Tak dapat meroyan, buruk-burukkan orang.

“Maknanya, aku tak makan duit anak yatim macam kau tuduh dulu. Lepastu bila dah dapat, jawan malas layan,” katanya.

Perkara itu dikongsi Ali menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram story miliknya baru-baru ini.

Tidak habis disitu, Ali yang kini sedang sibuk dengan perniagaan sambal petai miliknya, mendoakan agar dia sentiasa diberi kesabaran dan berharap agar Allah SWT memberikan petunjuk tentang siapakah yang berada dipihak yang benar.

“Macam aku cakap lah, sikit lagi Allah buka siapa di pihak yang benar. Terima kasih Allah berikan kesabaran ini,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Mar 2025
Trending Sat, 7 Jul 2018

Penyelamat Thai Mati Lemas Selepas Selesai Hantar Bantuan

Kematian Samarn membayangkan proses membawa keluar remaja dan jurulatih mereka itu berkemungkinan agak sukar memandangkan mereka tidak mempunyai pengalaman menyelam, jika mereka diperlukan untuk berenang keluar daripada gua berkenaan.

Hiburan Tue, 10 Feb 2026

“Bukan Digugurkan” – Anzalna Nasir Perjelas Isu Duta ‘J’, Syukur Rezeki Lebih Lumayan Tahun Ini

Anzalna menjelaskan perkara itu bukan isu digugurkan, sebaliknya keputusan berkenaan terletak sepenuhnya di tangan pihak jenama

Featured Wed, 30 Mar 2022

#WhazzupNetizen: Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson, Will Smith Tempeleng Chris Rock & Pensyarah Hina Golongan B40

Segala komen baik positif mahupun negatif dilemparkan oleh netizen ya.. Fuh, panass 🔥

Featured Wed, 23 Nov 2022

Tak Kisah Jawatan Perdana Menteri Lambat Diumumkan, Aeril Zafrel Harap Keputusan Capai Kata Sepakat

Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel bersabar menanti pengumuman bakal Perdana Menteri ke-10 Malaysia. Menurut Aeril, lebih baik keputusan yang akan dibuat mengambil lebih masa bagi mendapatkan kata sepakat semua pihak dalam menentukan keputusan yang […]

Hiburan Wed, 22 May 2019

Pergh…Kumpulan Slash Ada Lagu Barulah!

‘Dan Leburkanlah’ dicipta sepenuhnya oleh pemain gitar Slash, Joe.

error: Content is protected !!