Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 10, 2026 @ 10:13am

“Bukan Digugurkan” – Anzalna Nasir Perjelas Isu Duta ‘J’, Syukur Rezeki Lebih Lumayan Tahun Ini

Pelakon jelita, Anzalna Nasir akhirnya tampil bersuara susulan spekulasi kononnya dia dan suami tidak lagi menjadi duta bagi jenama ‘J’ tahun ini.

Ketiadaan mereka sebagai ‘wajah baharu’ jenama berkenaan mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet sehingga ada yang membuat pelbagai andaian.

Bagaimanapun, Anzalna menjelaskan perkara itu bukan isu digugurkan, sebaliknya keputusan berkenaan terletak sepenuhnya di tangan pihak jenama.

“Sejak kebelakangan ini, banyak andaian dibuat mengenai kami yang tidak lagi menjadi duta ‘J’ tahun ini, jadi kami rasa perlu untuk jelaskan.

“Akhirnya, ia adalah pilihan pihak jenama untuk bekerjasama dengan sesiapa yang mereka mahukan. Kami mempunyai pengalaman yang sangat baik bersama mereka tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah berkecil hati, malah bersyukur kerana tahun ini rezekinya semakin luas dengan beberapa tawaran baharu yang lebih lumayan.

“Alhamdulillah, tahun ini kami bekerjasama dengan beberapa jenama lain, bukan hanya satu, dan tawaran yang diterima juga lebih baik. Kami sangat bersyukur dengan rezeki itu,” katanya.

Dalam pada itu, Anzalna turut berkongsi kebanyakan kandungan promosi yang dihasilkan berjaya meraih tontonan memberangsangkan di media sosial.

“Kami harap semua jenama gembira bekerjasama dengan kami. Kebanyakan video yang dimuat naik sudah mencecah lebih sejuta tontonan di media sosial, Alhamdulillah.

“Terima kasih kepada semua yang menonton dan saya harap ia turut membantu meningkatkan jualan jenama-jenama yang melantik kami sebagai duta tahun ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Oct 2024

Fattah Amin, Fazura Sah Bercerai Talak Satu

Mungkin ini yang terbaik untuk mereka berdua

Featured Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Mon, 10 Jun 2019

Pakai Tudung Pun Masih Terima Mesej Lucah, Zizi Kirana Bengang!

Dah bertutup litup pun Zizi masih terima mesej lucah, ish…

Featured Sat, 18 Sep 2021
Hiburan Sat, 28 Jun 2025

[VIDEO] “Nilai Murni Lebih Penting Dari Rupa” – Syed Saddiq Dedah Ciri Wanita Idaman, Akui Hati Sudah Dimiliki

Syed Saddiq utamakan nilai murni daripada status seorang wanita, akui dah tak ‘available’

Featured Thu, 27 Mar 2025

Duet Bersama Den Manjo, Nabila Razali Tampil Dengan ‘Raya Mana’ Versi Kelantan

Versi istimewa ini dihasilkan bagi memenuhi permintaan peminat yang ingin mendengar lagu tersebut dalam loghat Pantai Timur.

error: Content is protected !!